PELAKON Kamal Adli meminta individu yang memuat naik hantaran mendakwa dia gagal menjalankan kerja melakukan reviu selepas menerima bayaran RM6,000 untuk menghubunginya segera.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai tawaran bayaran itu.
“Saya tidak tahu apa-apa. Suruh orang yang buat kenyataan itu cari saya. Nak borak fasal hal ini," katanya kepada mStar.

Seorang lelaki dakwa Kamal gagal jalankan tugas selepas terima bayaran.
Menurut Kamal, dia juga tidak tahu mengenai siapa pembantu peribadi (PA) yang dimaksudkan individu tersebut.
“Siapa PA saya waktu itu sebab saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.
Sebelum ini seorang individu menerusi satu hantaran di Threads menyebut nama Kamal Adli sebagai pihak yang dibayar bagi tujuan melakukan reviu produk.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli mahu pertahankan perkahwinan, ada usaha berdamai
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”
Bagaimanapun individu itu mendakwa tidak mendapat sebarang hasil selepas Kamal menerima bayaran RM6,000.
"Kamal Adli? Ingat lagi bayar RM6,000 untuk buat review tapi tak buat.
"Tak tahulah PA dia bawa lari duit atau apa. Malas nak gaduh nak mengemis duit sendiri.
"RM6,000 waktu itu aku tak hairan sangat. Tapi untuk waktu sekarang tengah susah ini, rasa macam bernilainya RM6,000 itu,” tulis lelaki terbabit.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


