SEBAGAI ibu, pelakon Puteri Sarah Liyana bimbang dengan peningkatan kes jenayah dan buli dalam kalangan remaja serta kanak-kanak yang semakin menakutkan.
Puteri Sarah, 40, berkata dia sentiasa memilih pendekatan untuk mendidik dua anaknya dari rumah walaupun dia seorang ibu tunggal.
Kata Puteri Sarah, dia juga tidak teragak-agak untuk merotan mereka sekiranya melakukan kesilapan.

Puteri Sarah ada cara dalam mendidik anak-anak.
"Saya akan rotan anak kalau mereka buat salah, tapi bukan rotan ikut emosi cuma nak mengajar.
"Bila rotan kita beritahu kesalahan, barulah mereka tahu nak berdisiplin dan hormat," katanya kepada mStar.
Menurut Puteri Sarah, dia juga tidak menghalang sekiranya guru yang mengajar mahu merotan anak-anak untuk tujuan mendidik.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah pertahan Andi Arsyil selepas digelar ‘Konoha’
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen biadab komen status janda, Puteri Sarah beri nasihat… “Jangan jadi manusia kurang ajar”
Jelasnya hukuman rotan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak menjadi insan yang lebih baik.
"Saya okay saja kalau cikgu nak rotan untuk mengajar. Bila dah tak ada rotan atau tak boleh cuit macam mana anak-anak nak berdisiplin.
"Dulu zaman saya pun kena rotan, okay saja jadi manusia ," luahnya.
Kena pantau dan komunikasi dengan anak-anak.
PUTERI SARAH LIYANA
PELAKON
Tambah Puteri Sarah, ibu bapa tidak boleh menyerahkan tugas membimbing anak-anak kepada guru semata-mata kerana semuanya bermula dari rumah.
Malah dia juga mengambil pendekatan untuk saling berkomunikasi agar tiada rahsia yang tersimpan sekali gus mengetahui keadaan anak-anak semasa di sekolah.
"Kadang-kadang kita sudah didik dengan betul, tapi kawan-kawan mereka pula. Di situ kena pantau dan komunikasi dengan mereka.

Puteri Sarah tegas dengan anak-anak bersebab.
"Bila ada komunikasi mereka akan lebih terbuka nak berkongsi dan kita jadi pendengar," tegasnya.
Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,8 dan Sumayyah,7 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


