suria

Suami lega dengar suara ceria Syura Badron, masih perlu pemantauan di unit HDU

Suami lega selepas kesihatan Syura semakin membaik.

SUAMI kepada penyanyi Syura Badron meluahkan rasa lega apabila dapat mendengar suara ceria isterinya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah hospital.

Muhammad Farizat Ismail berkata dia menerima panggilan daripada Syura atau Zuraidah Badron, 39, pada pagi Ahad.

"Cucuk sana sini, sabar ya sayang. Lega Abie dengar dapat call sayang awal pagi ini dengan suara ceria.

Syura dikejarkan ke hospital pada malam Sabtu.

"Allah bagi nikmat, ada hikmah besar insya-Allah," katanya.

Farizat berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan jari isterinya.

Menurut Farizat, keadaan isterinya semakin baik apabila bacaan tekaan darah mempunyai perubahan.

Namun Syura masih lagi memerlukan pemantuan rapi daripada doktor yang merawatnya di unit HDU.

ARTIKEL BERKAITAN: Beruntungnya Syura ada suami tak lupa tanggungjawab, tengah sakit pun masih fikir nak cari rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas, mohon doa diberikan kesembuhan

"Alhamdulillah awal pagi ini bacaan tekanan darah dah nampak normal sikit.

"Tapi masih di HDU. Masih perlu dipantau doktor one to one (close monitor) Terima kasih dan kalian jangan putus doa untuk Syura," luahnya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini Syura tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan.

Suami luah bimbang dengan keadaan Syura sebelum ini.

Sebelum ini, Farizat memberitahu isterinya sedang dirawat di HDU di sebuah hospital dan mendoakan kesembuhan isterinya.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan  Farizat memegang tangan Syura atau Zuraidah Badron, 39, yang sedang terbaring di katil hospital serta dipenuhi dengan alat pemantauan kesihatan.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut tentang penyakit isterinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain