PENYANYI Liza Hanim terbuka untuk memberi kemaafan kepada individu yang melakukan buli siber terhadap anaknya, Marsya Qistina. Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 47, bagaimanapun meletakkan syarat agar pelaku tampil bersemuka bagi menyatakan permohonan maaf secara berdepan. Kata Liza, dia kini dalam tempoh bertenang selepas membuat laporan polis sehari sebelum Ramadan susulan tindakan melampau individu berkenaan.Liza mohon pelaku buli siber tampil bersemuka.“Saya buat laporan polis pada sehari sebelum Ramadan. Jadi sekarang ini saya dalam tempoh bertenang. "Dia dah buat permohonan maaf tapi syarat saya adalah datang berjumpa dengan saya. Kalau dia (pelaku) berani berkata sedemikian (buli) maka jadilah seperti lelaki. "Kalau awak dah minta maaf maknanya awak mengakui kesilapan awak, cuma datang berjumpa dengan saya, sebab itu syarat saya. Kalau tidak memang saya akan bawa ke peringkat seterusnya," katanya kepada mStar. Liza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: “Body shaming dan buli siber” - Liza Hanim dedah wajah pembuli, ‘tag’ akaun PDRM dan MCMC supaya ambil tindakan segeraARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim buat laporan polis, tegas pertahankan anak… Kongsi keadaan Marsya susulan isu buli siberDalam pada itu, Liza menjelaskan ini bukan kali pertama dia dan anaknya berdepan dengan buli siber, namun sebelum ini mereka memilih untuk mendiamkan diri.“Ini bukan kes pertama saya. Marsya pun sebelum ini banyak terima tapi kami tepis sahaja. Untuk saya dengan individu ini pun dah banyak kali dia buat, kita abaikan sahaja. "Kebetulan pula Marsya sedikit emosi pada ketika itu kerana baru kehilangan kawan baik dia sebab kanser.“Sebagai ibu kita mana boleh lihat anak kena macam itu. Jadi saya kena bersuara untuk anak saya,” ujarnya. Ada akta yang wujud untuk melindungi kita. LIZA HANIMPENYANYIDalam masa sama, penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menjelaskan tindakannya bukan sekadar mempertahankan anak, malah sebagai mesej kepada masyarakat bahawa undang-undang sedia ada boleh digunakan bagi melindungi mangsa buli siber.“Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya rasa apa saya buat ini seperti mewakili mereka yang berada dalam industri dan pengguna media sosial."Ada akta yang wujud untuk melindungi kita. Jadi kenapa tak guna."Kalau anda rasa teraniaya, dianiaya atau kena body shaming dan buli siber, gunakan cara ini (ambil tindakan)," jelasnya. Sementara itu, Marsya mengakui pada awalnya dia kurang bersetuju dengan tindakan ibunya yang mahu membawa perkara tersebut ke pihak berkuasa."Awalnya saya tidak bersetuju dengan tindakan mama sebab kenapa nak besarkan isu ini, tapi mama cakap sudah lama dia diamkan diri. Marsya (kiri) merupakan juara TTMM musim pertama."Bila perkara itu terjadi kepada saya, rasanya ibu bapa lain pun mungkin akan buat perkara yang sama pada anak mereka."Macam mama cakap nak kena ajar orang-orang di luar sana. Setiap kata-kata kita itu ada akibat yang perlu ditanggung," katanya. Sebelum ini, Liza berkongsi mengenai situasi Marsya yang didakwa dibuli di media sosial selepas ada pihak mempertikaikan kredibilitinya sebagai juara program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim pertama. Menurut Liza, dakwaan kononnya anaknya kurang menyerlah tidak sepatutnya timbul memandangkan Marsya kini sedang berusaha mengimbangi kerjaya seni dan jadual kuliah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube