suria

Selena Gomez selamba cium kaki suami, bukti kasih sayang seorang isteri 

Salena sanggup mencium kaki suaminya, Benny Blanco.

TINDAKAN penyanyi Selena Gomez mempertahankan rumah tangganya mencuri perhatian apabila dia secara spontan mencium kaki Benny Blanco, ketika lelaki itu sedang merakamkan sebuah podcast.

Aksi tersebut dipercayai sebagai respons terhadap kecaman netizen susulan tular video yang memaparkan kaki suaminya itu kelihatan kotor dalam episod terdahulu podcast berkenaan. 

Dalam rakaman berkenaan, Selena, 33, tiba-tiba muncul sebelum mencium jari kaki suaminya, sekali gus membuatkan Benny terdiam seketika.

Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk membuktikan Benny seorang pembersih. 

“Saya suka (dia cium kaki saya). Ia buat saya rasa gembira. Saya sayang awak sangat,” seloroh Benny sebagai respons tindakan spontan Selena.  

Selena kemudiannya sekali lagi menunjukkan kemesraan apabila meletakkan pipi pada kaki suaminya itu.

Dalam masa sama, penyanyi menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang sangat sihat dan antara perkara terhebat yang berlaku dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Benny Blanco salahkan lantai kotor, buka stokin tunjuk bukti kaki bersih

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny Blanco

Benny pula mengakui dia cuba mengawal diri daripada terlalu menunjukkan kemesraan secara terbuka kerana mahu Selena terus menyerlah sebagai individu berdikari.

Sebelum ini, Benny menjadi bahan kecaman netizen apabila kakinya yang kelihatan kotor dalam episod pertama podcast tersebut tular di media sosial.

Malah, Selena turut terkena tempias apabila segelintir peminat mendesaknya supaya berpisah selepas mengetahui ‘perangai sebenar’ suaminya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain