suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benny Blanco salahkan lantai kotor, buka stokin tunjuk bukti kaki bersih

Benny menunjukkan kakinya yang bersih.

SUAMI kepada penyanyi Salena Gomez iaitu Benny Blanco tampil mempertahankan diri selepas dikecam gara-gara tular  foto kakinya yang kelihatan kotor dalam episod pertama podcast Friends Keep Secrets.

Tidak berdiam diri, Benny, 37, menjelaskan ia bukanlah disebabkan dia tidak pandai menjaga kebersihan, namun sebaliknya keadaan lantai lokasi penggambaran menjadi punca kakinya kotor.

Benny sebelum ini dikecam kerana dikatakan tidak pandai menjaga kebersihan. 

“Pertama sekali, itu salah fasiliti tersebut, bukan saya. Saya ada kaki yang cantik,” katanya sambil menanggalkan stoking dan menunjukkan kakinya yang bersih di hadapan kamera.

Malah Benny juga secara berseloroh memuji keadaan kakinya yang cantik dan tidak seperti yang disangkakan netizen. 

Sebelum ini ada segelintir peminat secara terbuka mendesak agar penyanyi lagu Lose You to Love Me itu mempertimbangkan semula hubungannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny Blanco

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kini sah isteri Benny Blanco

Ia susulan perbuatan jijik Benny  yang dianggap keterlaluan sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat.

Selain kakinya yang kotor, Benny turut melepaskan angin ke arah mikrofon dipercayai bagi menguji sama ada bunyi tersebut dapat dirakam dengan jelas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain