ANAK angkat kepada pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt sekali lagi jadi perhatian netizen selepas dilihat menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya.Menurut laporan People, Maddox telah mencatatkan nama sebagai Maddox Jolie dalam kredit filem terbaru ibunya, Couture, yang ditayangkan di pawagam Perancis minggu lalu. Kredit ini turut sama dicatatkan ketika filem tersebut dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2025.Maddox (kiri) enggan menggunakan nama keluarga bapa angkatnya.Sebelum ini, dalam filem Maria (2024), Maddox masih dikreditkan sebagai Maddox Jolie-Pitt ketika bertugas sebagai pembantu produksi.Pada Mei 2023, anak Brad dan Angelina iaitu Shiloh memfailkan permohonan di mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad PittARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat”Tindakan menggugurkan nama keluarga itu dibuat kerana Shiloh enggan lagi ada kaitan dengan aktor tersebut.Untuk rekod, Angelina dan Brad mendirikan rumah tangga pada 2014 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum mereka bercerai.Mereka turut mempunyai dua orang lagi anak angkat iaitu Pax Thien Jolie-Pitt dan Zahara Jolie-Pitt.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube