suria

Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat”

Angelina ingin tinggalkan LA.

PELAKON Angelina Jolie bercadang meninggalkan Los Angeles, Amerika Syarikat dan berpindah ke negara Kemboja dengan kadar segera.

Pelakon filem Wanted itu juga memberitahu dia bercadang untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya bagi memberikan fokus kepada kehidupan baharu di negara itu.

Berita ini telah dikongsikan olehnya sendiri menerusi satu temu bual eksklusif bersama Wall Street Journal, baru-baru ini.

ad

Angelina cadang ingin berindah ke Kemboja.

Menerusi temu bual berkenaan, Angelina memberitahu sejak daripada dahulu lagi dia tidak suka untuk menetap di Hollywood atas beberapa faktor.

Malah, dia tidak terfikir untuk meneruskan kerjaya lakonan sehingga usia tua.

Dalam pada itu, ada sumber mendedahkan impian pelakon berkenaan untuk berhijrah terbantut kerana masih terikat dengan bekas suaminya iaitu pelakon Brad Pitt.

Difahamkan antara faktor lain juga kerana dia terpaksa berdepan dengan proses penceraian yang panjang iaitu selama tujuh tahun dan ia menyulitkan untuk dia mendapatkan hak penjagaan enam anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie akhirnya bersama Palestin, label pemimpin dunia zalim tak sokong genjatan senjata di Gaza

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘sebulu’ dengan anak, bapa kecewa Angelina Jolie sokong Palestin

"Itu adalah sebahagian daripada proses penceraian dan saya hilang daya untuk teruskan kehidupan secara sendiri serta bebas... kalau tidak memang saya akan pindah secepat mungkin

"Saya dibesarkan di tempat yang cukup sesak daripada semua tempat di dunia, Hollywood bukanlah tempat yang sihat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain