suria

Pelakon 75 tahun berani bawa watak wanita muda, teruk dikecam penonton... "Anda sesuai jadi nenek"

Xiaoqing masih lagi diberi watak wanita usia muda.

KEMUNCULAN pelakon veteran, Liu Xiaoqing dalam drama terbaharu mendapat kritikan banyak pihak yang kurang bersetuju dengan pemilihan wataknya. 

Rata-rata penonton di China berpendapat Xiaoqing, 75, tidak lagi sesuai membawa watak usia muda seperti dalam drama tersebut. 

Malah dia turut menerima kecaman kerana dianggap masih belum 'move on' dan sengaja menipu penonton. 

Liu dikecam kerana  memilih watak tidak sesuai dengan usia. 

"Kenapa dia masih nak bawa watak wanita muda?

"Xiaoqing lebih sesuai bawa watak ibu dalam keluarga atau drama berkaitan konflik penipuan. 

"Tolonglah berhenti bawa watak sebegini, anda boleh jadi seorang nenek," komen netizen. 

Dalam drama berjudul Jinxiu Anran itu, Xiaoqing memegang peranan sebagai seorang ibu usia lingkuan 20-an yang memulakan hidup baharu selepas ditinggalkan suami dan anaknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan cecah 136 kg, permohonan insurans nyawa model plus size ini ditolak 

ARTIKEL BERKAITAN: Terbeban dengan permintaan ibu, Shindong pilih putuskan hubungan

Lebih mencuri tumpuan, Xiaoqing juga mencium pelakon Jin Jia yang jauh lebih muda daripadanya. 

Ini bukan kali pertama Xiaoqing dikecam disebabkan perkara sama. 

Pada tahun 2023, dia berdepan krtikan kerana membawa watak remaja usia 14 tahun dalam sebuah drama. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain