suria

Demi Lovato berhenti minum arak... "Saya dah tak ingat bagaimana rasanya"

Demi kini tidak bergantung dengan alkohol dan dadah.

PENYANYI dan pelakon Demi Lovato mendedahkan dia kini tidak lagi bergantung kepada alkohol atau dadah walaupun ketika menghadiri pesta di kelab malam.

Demi, 34, berkata, kedua-dua perkara itu tidak memberi sebarang manfaat kepadanya.

Demi kini sedang menjalani kehidupan yang sihat. 

"Saya sudah terbiasa tanpa alkohol dan dadah sekarang. Sebenarnya sudah lama tidak minum. Saya pun sudah tidak ingat bagaimana rasanya dua benda itu," ujarnya.

Selain itu, Demi turut berkongsi minuman kegemarannya kini adalah mocktail sebagai pengganti alkohol.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato makin langsing, netizen dakwa buat suntikan ozempic

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato hitung hari bahagia, rancang kahwin hujung Mei

"Saya suka minum mocktail dan untuk pengetahuan, air kaktus juga sedap untuk buat mocktail!" katanya.

Dengan langkah ini, Demi menegaskan dia kini boleh berseronok di pesta tanpa perlu bergantung kepada alkohol, seiring dengan gaya hidup sihatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain