PASANGAN pelakon Tom Holland dan Zendaya dilaporkan sudah berkahwin secara senyap dalam sebuah majlis tertutup sebelum ini. Perkara tersebut didedahkan oleh penata gaya, Low Roach yang juga merupakan kenalan terdekat kepada Zendaya. "Perkahwinan mereka telah berlangsung. Anda terlepas.Zendaya dan Tom mengumumkan pertunangan mereka tahun lalu. "Ia benar-benar berlaku," katanya ketika acara karpet merah Actor Awards ke-32 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Low bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci tentang tarikh dan lakosi pasangan tersebut mengadakan majlis perkahwinan. Tahun lalu ketika di acara anugerah Golden Globe, Zendaya mengejutkan banyak pihak apabila dilihat memakai cincin berlian sebagai tanda pertunangannya dengan Tom. ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland jumpa bapa Zendaya minta izin, sudah sedia bergelar suami ARTIKEL BERKAITAN: Sarung cincin di jari manis, Zendaya beri bayangan kini bergelar tunang Tom Holland Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak, Tom bagimanapun secara spontan menyebut Zendaya sebagai tunangnya dalam salah satu temu bual. Pasangan ini mula bertemu ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran siri filem Spiderman sekitar tahun 2017.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube