PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Lee Hyori menjadi tumpuan netizen selepas berkongsi detik harian bersama anjing peliharaannya di media sosial.Hyori memuat naik beberapa foto yang menunjukkan dia kelihatan penat dan suasana rumah sedikit berselerak.Keadaan rumah Hyori bersama anjing peliharaannya. Namun, menurutnya, suatu hari nanti, bila melihat kembali foto berkenaan, ia akan menjadi detik paling bahagia baginya.Dalam foto tersebut, kelihatan selimut dan tikar dibentang di lantai, manakala anjing-anjingnya berehat dengan selesa di pelbagai sudut.Malah satu foto memperlihatkan Hyori sedang baring di atas selimut sambil memeluk salah seekor anjingnya dengan penuh kasih sayang. ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 17 jam sehari rahsia Lee Hyori kekal langsingARTIKEL BERKAITAN: Lee Hyori menyesal jadi artis, mahu jalani kehidupan normal bersama keluargaBagaimanapun, reaksi netizen di beberapa komuniti atas talian tidak seperti yang dijangka.Sejumlah pengguna meluahkan rasa kurang senang, antaranya menyifatkan suasana rumah itu kelihatan berselerak dan bulu anjing berterbangan.Tidak hanya itu, mereka juga menyifatkan ia sebagai kurang sesuai bagi seorang figura awam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube