suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al Ghazali mahu jaga privasi anak, bimbang jadi sasaran di media sosial

Al Ghazali bimbang anaknya terdedah dengan kecaman media sosial.

PENYANYI Al Ghazali tegas dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya kepada umum sebaik sahaja dilahirkan. 

Menurut Al Ghazali, 29, keputusan itu dibuat bagi menjaga privasi dan tidak mahu anaknya menjadi sasaran kecaman atau cerita buruk di media sosial. 

Dia bagaimanapun akan membiarkan anaknya itu membiasakan diri di hadapan kamera dan berkongsi tentang kehidupan peribadi. 

"Kebimbangan sekarang ini adalah media sosial yang semakin gila. Kita tidak tahu orang itu jahat atau baik. Tak mahu ada sebarang drama. Anak saya juga ada kehidupan sendiri. 

Al Ghazali dan Alyssa sepakat jaga privasi anak mereka. 

"Jadi rasanya tidak untuk dedahkan wajah anak. Kalau dia sendiri mahu, itu hak dia," jelasnya. 

Tambah suami kepada pelakon Alyssa Daguise itu, pengalaman menjadi perhatian umum sejak kecil turut mengajarnya untuk lebih berhati-hati. 

Bagi Al Ghazali dia sudah terbiasa dengan kamera kerana statusnya sebagai anak kepada komposer Ahmad Dhani. 

"Sejak kecil saya sudah biasa di hadapan kamera dan kerap masuk televisyen. Itu pilihan saya. Cuma kali ini saya mahu anak saya ada pilihan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan terlepas momen bahagia, Al Ghazali sanggup tolak tawaran kerja... setia di sisi isteri sebelum bersalin 

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali sewa rumah sendiri lepas kahwin, Ahmad Dhani beri ruang ‘buat’ anak

"Kalau menjaga privasi hidupnya akan lebih tenang," ujarnya. 

Untuk rekod Al Ghazali dan Alyssa mendirikan rumah tangga 16 Jun tahun lalu. 

Pasangan itu dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada April atau Mei depan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain