suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbabit pergaduhan, Shia LaBeouf diarah jalani pemulihan

Shia ditahan pihak berkuasa pada 17 Februari lalu.

PELAKON Shia LaBeouf diarahkan menjalani program pemulihan selepas ditahan ketika sambutan Mardi Gras di New Orleans, Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Menurut laporan Page Six, dalam sidang perbicaraan baru-baru ini, hakim Simone Levine mempertikaikan sama ada pelakon berusia 40 tahun itu benar-benar komited untuk menangani masalah alkohol yang didakwa.

Permintaan LaBeouf untuk melakukan perjalanan ke Rom ditolak, manakala ikat jamin ditetapkan sebanyak $100,000 (RM393,000).

Shia ditahan kerana menyerang seorang lelaki di New Orleans.

Dalam pada itu, Shia turut diperintahkan mahkamah untuk menjalani ujian dadah secara berkala dan mengikuti program pemulihan.

Sumber rapat memaklumkan mahkamah mungkin membenarkan pelakon itu menamatkan program pemulihan secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Serang lelaki di bar, hero ‘Transformers’ ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Sering buat masalah, Shia LaBeouf dedah derita gangguan mental sehingga dipulau ibu sendiri

Bagaimanapun, sumber sama meragui komitmen LaBeouf terhadap program pemulihan dengan menyatakan pelakon itu mungkin sekadar menunjukkan sikap baik tanpa benar-benar mengakui masalah ketagihan.

Pada 17 Februari lalu, Shia ditahan pihak berkuasa di New Orleans selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan ketika sambutan festival tahunan di bandar berkenaan.

Pelakon berusia 40 tahun itu berdepan dua pertuduhan serangan selepas didakwa memukul seorang lelaki beberapa kali dalam kejadian tersebut. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain