suria

Gara-gara tahi kucing, pelakon ini dipulau pihak produksi

Aulia Sarah dipulau gara-gara tahi kucing.

PELAKON Aulia Sarah berdepan pengalaman mencuit hati ketika menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Sengkolo: Petaka Satu Suro.

Kata Aulia, 35, dia dipulaukan oleh pihak produksi filem tersebut  disebabkan terpijak najis kucing.

Menurut Aulia, insiden itu berlaku ketika sesi penggambaran di Jakarta Selatan sehingga kru enggan mendekatinya kerana bau busuk yang kuat.

Aulia ketika ini sedang sibuk penggambaran filem seram terbaharunya. 

“Ketika menjalani penggambaran tiba-tiba saya terpijak najis kucing, baunya memang kuat sampai kru menjauhkan diri.

"Itu pengalaman yang paling lawak bagi saya,” katanya.

Dalam masa sama, Aulia mengakui watak Rahayu yang dibawakan bukan sekadar mencabar secara fizikal, malah memberi tekanan emosi yang berat kerana perlu melakonkan dua karakter berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Luna Maya hamil, suami elak jawab soalan media

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz

“Ini watak pertama saya yang bukan sahaja manusia, tetapi juga dirasuk. Tenaganya memang berat sebab sentiasa bertukar antara dua keadaan," ujarnya.

Tambah Aulia, karakter Rahayu digambarkan sebagai wanita yang sentiasa ditimpa musibah sehingga membuatkan dirinya penat daripada segi emosi sepanjang penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain