suria

Luna Maya bahagia suami rajin masuk dapur, suka hidang masakan Barat

Luna mengakui Maxime (kanan) seorang suami yang pandai memasak.

PELAKON Luna Maya mengaku bahagia menjalani kehidupan berumah tangga apabila suaminya, Maxime Bouttier lebih mahir dan rajin memasak berbanding dirinya.

Memetik laporan Insertlive!, Luna berkongsi pengalamannya bergelar isteri yang cukup menyeronokkan apabila mempunyai pasangan yang gemar menyediakan hidangan di rumah.

"Pengalaman berumah tangga memang seronok. Malah saya gembira apabila dia (suami) lebih pandai memasak berbanding saya. 

Sikap Maxime (kanan) yang rajin memasak membuatkan Luna rasa bahagia.

"Saya pandai memasak, cuma dia lebih rajin," katanya. 

Dalam pada itu, Luna berkongsi Maxime atau lebih mesra disapa Max gemar menyediakan masakan Barat dan sering mencari resipi sendiri menerusi media sosial.

Tambah Luna, kebanyakan hidangan yang dimasak suaminya menepati cita rasa sehingga dia tidak pernah membuat permintaan khusus mengenai menu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Luna Maya hamil, suami elak jawab soalan media

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz

"Max lebih kepada masakan Barat. Saya tak pernah minta tetapi dia sendiri suka cari (resipi) di media sosial. 

"Bila dia tengok video masakan, suami saya sendiri akan cakap nak masak. Saya ikutkan saja. 

"Biasanya memang sedap, jadi saya tak pernah buat permintaan nak makan apa," ujarnya. 

Untuk rekod, Luna dan Maxime mendirikan rumah tangga pada 7 Mei 2025 dalam sebuah acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain