suria

Tak kisah tak pandai masak, Ibu mentua tetap sayang Son Dam Bi

Dam Bi tidak pernah ada konflik dengan ibu mentua.

PELAKON dan penyanyi Korea Selatan, Son Dam Bi mendedahkan hubungannya dengan keluarga mentua berada dalam keadaan baik serta bebas daripada sebarang konflik.

Menurut Dam Bi, 43, dia dan suaminya tidak pernah berhadapan sebarang isu melibatkan keluarga masing-masing.

Dam Bi bersyukur mempunyai ibu mentua yang memahami.

“Saya dan suami memang tidak ada perkara seperti itu. Ibu bapa mentua saya juga tidak terlalu mengambil berat tentang saya,” katanya.

Dam Bi berkongsi perkara tersebut ketika tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube pengacara Jang Sung Kyu.

Dalam pada itu, Dam Bi turut mendedahkan dia tidak mengalami sebarang tekanan berkaitan hubungan dengan mentua, malah ibu mentuanya memahami kelemahannya dalam soal memasak.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara mengaku pernah pukul anak, tuduhan ibu mentua tepat

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama diungkit kembali, pelakon perjelas dakwaan pukul bekas kekasih

“Ibu mentua saya juga tidak pandai memasak. Dia beritahu saya tidak perlu memasak dan hanya beli set makanan siap untuk seisi keluarga,” ujarnya.

Menurut Dam Bi, mentuanya sentiasa menegaskan bahawa perkara paling penting adalah dia dan suami hidup bahagia, sekali gus menjadikan kehidupan rumah tangganya bebas daripada sebarang konflik antara menantu dan mentua.

Untuk rekod, Son Dam Bi mendirikan rumah tangga dengan bekas atlet luncur laju Olimpik, Lee Kyu Hyuk pada Mei 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada April tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain