Setiap ibu bapa akan berusaha memastikan anak-anak dibesarkan dalam keadaan selesa. -Gambar hiasan AI
SEPASANG suami isteri tidak menyangka hasrat untuk memasang kipas di rumah sewa demi keselesaan bayi yang baru lahir dibalas dengan 'diskaun' menakjubkan daripada tuan rumah.Berkongsi cerita, seorang wanita berkata suaminya menyatakan hasrat untuk memasang kipas siling di dalam bilik selepas membuat bayaran sewa kepada pemilik kediaman. "Semalam suami bayar duit sewa rumah, kemudian dia bagitahu nak pasang kipas sebab rumah ni tak ada kipas siling."Dah ada baby ni, payah nak pakai kipas kaki," luahnya di Thread.Mesej perbualan suaminya dan tuan rumah berkenaan.Namun tanpa diduga, tuan rumah bukan sahaja memberi keizinan malah menyatakan supaya kos keseluruhan pemasangan kipas itu ditolak daripada duit sewa bulan berikutnya.Tambahnya, sikap pemurah tuan rumah membuatkan dia sekeluarga berasa terharu dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.Berdasarkan mesej yang dikongsikan, suaminya menyatakan pemasangan akan dilakukannya sendiri."Boleh tak kalau saya nak pasang kipas siling dalam bilik tidur utama tu?Pasangan mahu pasang kipas siling demi keselesaan bayi baru lahir.Suami maklumkan hasrat kepada tuan rumah selepas bayar sewa.Tuan rumah benarkan dan minta kos ditolak daripada sewa bulanan.Lebih mengejutkan, beri ‘diskaun’ RM300 sebagai hadiah bayi.Netizen kagum, puji sikap baik dan bertimbang rasa tuan rumah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dalam bilik tu ada aircond saja, tetapi sekarang saya dah ada bayi kecil, saya ingat nak pasang kipas siling"Wiring dengan kipas saya buat sendiri je," demikian hantaran mesej suaminya sebelum ia dibalas dengan cukup positif.Lebih mengejutkan apabila tuan rumah juga meminta supaya sejumlah RM300 ditolak daripada sewa sebagai hadiah kelahiran bayi mereka.ARTIKEL BERKAITAN: “Bayar dulu baru stay!” - Tuan rumah hilang sabar penyewa banyak ‘cekadak’, tak faham konsep sewaanARTIKEL BERKAITAN: 4 anak masuk sekolah, penyewa cuma mampu bayar RM300... ‘Owner‘ terus halal sewa rumah RM1,550 - “Kita mudahkan urusannya”"Awak buat apa-apa yang perlu dan kosnya awak tolak dari bayaran sewa bulan depan."Tolakkan juga RM300 daripada bayaran sewa bulan depan, hadiah baby baru tu," balas tuan rumah berkenaan.Rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar lebih ramai tuan rumah mempunyai sifat timbang rasa seperti itu."Tuan rumah yang budiman, penyewa pun tinggi adab. Ya Allah ramaikan lagi hambamu yang sebegini perangai."Alhamdulillah, dapat owner yang baik pun rezeki juga," demikian reaksi netizen.