KASIH seorang anak terhadap ibu bapa tidak ternilai dan tiada pengganti.Namun, kemurahan hati seorang kakak terhadap adik-adiknya turut menyentuh hati sesiapa sahaja, seperti yang dirasai pelayar media sosial ini. Berkongsi cerita, seorang wanita berkata kakak sulungnya bukan sahaja menjaga kebajikan mereka sekeluarga malah turut menunjukkan contoh teladan yang luar biasa."Tahun lepas kakak aku bagi duit raya kat mak ayah aku seorang RM500... tapi dia cakap duit tu kami kongsi tiga beradik," ceritanya di Thread.Hubungan adik beradik sememangnya erat. -Gambar hiasan AITambah individu itu lagi, sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kakaknya sudah membuat perancangan awal untuk membeli kelengkapan hari raya untuk ibu bapa mereka."Dia hubungi cakap nak datang ke rumah bersama mak ayah aku sebab nak cari baju raya sama-sama.ARTIKEL BERKAITAN: Adik menganggur guna kereta sampai sejam untuk beli barang, kakak tinggal RM50 ringgit... pening nak cari duit sudahlah gaji lambat lagiARTIKEL BERKAITAN: Kasihan tengok baki e-wallet pelanggan depan ada RM2, wanita terdetik nak bantu bayar ayam gunting - “Dia tak cukup duit ke?”"Mereka tidur semalam kat rumah aku dan lepas berbuka, kami bersiap nak pergi bazar raya."Aku cakap kat dia nak kongsi beli baju raya mak ayah, tapi dia cakap tak payah sebab nak belanja semua," tambahnya.Menurut wanita ini lagi, dia melihat kedua-dua orang tuanya begitu gembira membeli pakaian untuk meraikan lebaran pada 1 Syawal nanti.Wanita kongsi kisah kakak sulung sangat pemurah terhadap keluarga.Tahun lalu beri duit raya RM500 untuk mak ayah tanpa berkira.Sanggup datang dari KL, bawa keluarga beli baju raya bersama.Belanja pakaian raya dan barang dapur untuk ibu bapa di kampung.Netizen puji sikap kakak, doa dimurahkan rezeki.Ringkasan ini dijana oleh AILebih menyentuh hati apabila kakaknya turut menaja barang keperluan dapur untuk ibu dan ayah mereka di kampung."Esok pagi tu kakak aku ajak beli barang dapur untuk mak ayah aku bawa balik kampung supaya senang... tak payah beli apa-apa semasa raya."Aku ajak share duit tapi dia cakap tak payah dan suruh ikut je," tambahnya.Reaksi netizen.Sikap kakaknya yang tidak pernah berkira itu membuatkan dia menzahirkan rasa syukur.Di ruangan komen, ramai memuji keperibadian kakaknya itu kerana bersikap pemurah kepada ahli keluarga."Kakak saya yang sulung pun macam ni, tak pernah berkira langsung dengan adik-beradik." Aku ni duit tak banyak tapi barang kemas yang aku ada, semua bagi mak aku pakai."Semoga kakak awak dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik," komen beberapa netizen.