HAJAT untuk menyampaikan sumbangan bertukar menjadi pengalaman menyentuh hati buat dua sahabat ini apabila berdepan situasi tidak dijangka ketika menziarahi sebuah rumah dalam misi infak Ramadan mereka.Menurut perkongsian individu berkenaan, dia bersama rakannya bergerak secara sukarela menggunakan dana sendiri bagi menghantar bantuan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada golongan yang dirasakan layak. Namun, mereka berasa hairan apabila sebuah rumah yang dikunjungi tidak menyahut salam mahupun membuka pintu meskipun jelas kedengaran suara orang bercakap serta bunyi televisyen dari dalam."Apabila sampai dekat sebuah rumah ni, kami bagi salam banyak kali tapi masih tak buka pintu. Jadi kami pergi rumah lain dulu, selang beberapa rumah saja. Lepas je selesai dekat rumah lain tu, nampak la pintu rumah tadi terbuka.Ramai individu berhati mulia kini mengambil inisiatif memberi bantuan sendiri. -Gambar hiasan AI"Ada seorang pakcik ni tengah duduk depan pintu sambil panggil kucing dia sebab nak bagi makan. Dengar suara pakcik tu tanya isteri dia dekat dapur pasal makanan kucing."Kami pun apa lagi, terus menuju depan pintu dia tapi dari jauh dah bagi salam. Masa tu pakcik berkenaan masih tak pandang kami berdua. Suara kami nak dikatakan perlahan, tidak mungkin," ceritanya di Threads.Situasi itu membuatkan mereka tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya terjadi dan mengapa ucapan salam tidak dijawab.ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi seorang seringgit guys” - Pengguna Facebook hilang rasa malu, mengemis derma orang ramai nak bayar hutang RM4,700ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”"Terdetik di hati saya... rasanya pakcik ni pekak dan tak sangka rupanya betul. Lepas pakcik tu jawab salam, dia panggil isteri. Dari jauh nampak isterinya jalan sambil raba dinding."Isteri dia buta. Pakcik tu pekak dan tak boleh berjalan. Ya Allah, hiba rasa apabila tengok keluarga ni. Orang tua... duduk berdua je. Kadang tu rasa macam ujian saya lagi susah."Tapi keadaan ni buat saya sentiasa rasa bersyukur atas apa yang saya ada sekarang. Harap saya dapat tolong lebih ramai orang yang memerlukan," jelasnya lagi.Perkongsian tentang pasangan berkenaan meraih simpati ramai sehingga ada yang mempersoalkan status pasangan suami isteri itu dalam kalangan penerima bantuan.Misi infak jadi hiba apabila sebuah rumah tidak menyahut salam walaupun kedengaran suara dan televisyen terpasang.Menyangka penghuni enggan membuka pintu, mereka beredar sebelum kembali semula tidak lama kemudian.Rupanya warga emas itu pekak dan hanya menyedari kehadiran mereka dari jarak dekat.Isterinya pula tidak dapat melihat dan berjalan sambil meraba dinding.Pengalaman itu membuatkan mereka lebih bersyukur dan mahu terus membantu golongan memerlukan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak ada data ke untuk kes macam ni? Kalau macam ni, lain cara nak santuni mereka," komen seorang warga maya.Menjawab persoalan tersebut, individu berkenaan menjelaskan mereka tidak mewakili mana-mana organisasi atau badan rasmi, sebaliknya bergerak secara sendiri."Kami cari sendiri dan tanya orang terdekat kawasan perumahan siapa yang betul-betul golongan miskin tegar."Apabila tanya beberapa orang di kawasan tu, mereka cakap keluarga berkenaan memang kerap dapat bantuan dan sumbangan," jelasnya.