suria

Isteri terduduk suami langgan DS, bayar RM800 sekali servis! Terus tiada ‘mood’ sambut lebaran - “Kami team raya asing”

Perceraian ibu bapa sering memberi impak emosi yang sukar difahami oleh anak-anak kecil. -Gambar hiasan AI

HARI Raya Aidilfitri yang bakal menjelma seharusnya diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

Namun bagi seorang wanita, Ramadan dan Syawal kali ini bertukar pilu apabila dia dikejutkan dengan kecurangan suaminya.

Dalam hantaran di X, wanita itu mendakwa suaminya pernah membayar seorang gadis untuk mendapatkan khidmat seks.

Aidilfitri sepatutnya menjadi detik paling indah untuk dikongsi bersama keluarga tercinta.

"Suami aku kantoi check in dengan budak dark side (DS) umur 19 tahun. Budak tu pelajar diploma. Rupanya budak tu ada open slot (khidmat seks).

"Sekali perkhidmatan, bayar RM800. Suami aku cakap dia pergi outstation. Sekali aku tanya rakan sekerja dia, mereka kata suami aku cuti dengan keluarga," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia akan bersemuka dengan ibu bapa mentuanya bagi mendedahkan kemelut rumah tangga mereka.

  • Wanita dedah suami langgan khidmat seks harga RM800.
  • Wanita itu mengesahkan dia bakal berpisah dengan suaminya.
  • Mereka juga akan beraya secara berasingan pada tahun ini.
  • Netizen beri saranan supaya wanita itu ambil tindakan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia juga bakal meraikan Aidilfitri tanpa kehadiran suami di sisi pada tahun ini.

"Kami team raya asing. Memang betul raya tahun ni kita akan berpisah. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku di masa depan," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi nasihat serta kata-kata semangat agar wanita itu tabah berdepan hari-hari mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki lulusan agama di Jordan kantoi ada akaun ‘dark side’, aktif rakam aktiviti persundalan rentas jantina!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘acah’ risau nak kahwin, dakwa ramai perempuan galak di akaun DS - “Nak jumpa orang baik, tindakan kena seiring”

"Kamu boleh laporkan perempuan tu kepada pihak universiti. Sertakan bukti sekali.

"Akak kena buat pemeriksaan, takut kena HIV. Bahaya suami makan luar ni.

"Tergamak suami kamu buat perkara macam ni di bulan Ramadan, dah la bayar RM800," tulis netizen.

Artikel Lain