Dapatkan pandangan dan nasihat LHDN seandainya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan cukai pendapatan. -Gambar hiasan AI
RAMAI dalam kalangan rakyat Malaysia kini melakukan kerja sampingan atau part-time demi kelangsungan hidup dan menambah pendapatan.Antara bidang yang menjadi pilihan popular termasuklah menjadi ejen takaful, unit trust dan jualan produk tertentu. Namun, di sebalik keghairahan mencari duit poket lebih, seorang lelaki berkongsi pengalaman pahit apabila dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM15,000.Segala-galanya berpunca daripada kegagalannya mengisytiharkan pendapatan sampingan tersebut walaupun jumlah yang diterima pada peringkat awal dianggap tidak seberapa.Lelaki itu memaklumkan dia sudah lama bekerja makan gaji dan setiap tahun konsisten membuat pengisytiharan cukai melalui e-Filing tanpa sebarang masalah.Bagaimanapun, episod duka bermula apabila dia mula berjinak-jinak melakukan kerja sambilan dalam bidang takaful pada 2016.Ejen takaful walaupun secara sambilan tidak terkecuali perlu mengisytiharkan pendapatan. -Gambar hiasan AIMenurutnya, pada tahun pertama iaitu 2016, komisen sampingan yang diperolehnya hanyalah sekitar RM5,000 setahun. Angka itu kemudian meningkat kepada RM21,000 pada 2017 dan RM23,000 pada 2018.Disebabkan menganggap jumlah tersebut masih kecil dan bukan pendapatan tetap bulanan, dia mengambil mudah dan tidak mengisytiharkan wang berkenaan kerana menyangka ia tidak perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa."Julai 2019 aku berhenti kerja, jadi pendapatan penggajian aku automatik akan kurang separuh daripada pendapatan sebelum-sebelum ni sebab aku kerja enam bulan je pada tahun tu."Jadi nak tak nak, aku kena isytihar pandapatan takaful sekali sebab pendapatan takaful aku pada 2019 dah cecah RM50,000 setahun," katanya.Perubahan tersebut mencetuskan semakan pihak berkuasa cukai yang kemudiannya menghantar surat audit untuk meminta dokumen sokongan.Walaupun urusan audit berjalan lancar kerana dia mempunyai rekod lengkap, beberapa bulan kemudian lelaki itu menerima notis tambahan selepas pihak berkuasa meneliti rekod pendapatan tahun-tahun sebelumnya.Hasil semakan tersebut mendapati dia tidak mengisytiharkan pendapatan sampingan bagi tahun 2017 dan 2018, walaupun rekod EA form daripada syarikat berkaitan menunjukkan pendapatan tersebut wujud.Lelaki itu dikenakan penalti sekitar RM15,000, namun jumlah itu kemudian dikurangkan kepada kira-kira RM6,000 selepas semakan semula dibuat berdasarkan keuntungan bersih dan dokumen yang ada.Katanya, antara punca jumlah penalti sukar dikurangkan sepenuhnya adalah kerana kekurangan resit dan rekod perbelanjaan bagi tahun-tahun terdahulu.Sementara itu, semakan di laman sesawang LHDN mendapati semua pendapatan sampingan wajib diisytiharkan kepada pihak tersebut, walaupun jumlahnya kecil atau pendapatan utama sudah dipotong menerusi Potongan Cukai Bulanan (PCB).Tip elak dikenakan penalti cukai 1. Wajib isytihar semua pendapatan, walaupun kecil.- Termasuk kerja part-time seperti takaful, unit trust, jualan produk atau freelance.2. Jangan anggap pendapatan kecil tidak perlu dilapor.- Semua pendapatan tambahan tetap tertakluk kepada e-Filing.3. Simpan semua rekod pendapatan dan resit.- Termasuk kos, perbelanjaan, training, hadiah pelanggan dan lain-lain.4. Buat rekod kewangan secara konsisten setiap tahun.- Jangan tunggu bila dah kena audit baru nak cari dokumen.5. Gunakan EA form atau penyata pendapatan sebagai rujukan- Pastikan semua sumber pendapatan sepadan dengan laporan syarikat.6. Deklarasi awal jika mula buat kerja sampingan- Elakkan masalah bila pendapatan meningkat pada masa depan.7. Ambil kira keuntungan bersih, bukan hanya pendapatan kasar- Ini penting untuk kiraan cukai sebenar.