suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selama ini ramai percaya kucing lari dari rumah sebab nak mati... Rupanya ada penjelasan saintifik kenapa si bulus menyendiri

Ada alasan saintifik tersendiri mengapa kucing kesayangan anda tiba-tiba menghilangkan diri. -Gambar hiasan AI

PEMILIK kucing serta kalangan pencinta haiwan sering kali berkongsi satu kepercayaan popular bahawa si bulu akan ‘menghilangkan diri’ atau lari dari rumah apabila saat kematiannya semakin menghampiri.

Malah, wujud juga dakwaan haiwan comel ini mempunyai deria keenam luar biasa untuk merasai ajal sedia menanti.

Namun, menurut penjelasan saintifik yang dikongsikan portal Kompas.com, kucing sebenarnya tidak melarikan diri kerana mengetahui mereka akan mati.

Sebaliknya, tingkah laku menyendiri atau bersembunyi itu merupakan satu naluri semula jadi yang terbentuk melalui proses evolusi untuk melindungi diri ketika berada dalam keadaan lemah atau sakit.

Ada beberapa ketika kucing akan menjadi kurang aktif. -Gambar hiasan AI

Ada beberapa ketika kucing akan menjadi kurang aktif. -Gambar hiasan AI  

Pakar menjelaskan bahawa kucing tidak memahami konsep kematian seperti manusia.

Apabila tubuh mereka mula berasa tidak sihat, naluri survival akan mendorong mereka mencari tempat yang sunyi dan terlindung.

Malah, kucing yang sedang sakit biasanya tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bergerak jauh dari rumah.

Jika haiwan peliharaan itu tiba-tiba hilang ketika tidak sihat, besar kemungkinan ia hanya bersembunyi di kawasan berhampiran dan bukannya sengaja meninggalkan rumah untuk mati.

Terdapat beberapa sebab utama mengapa kucing memilih untuk mengasingkan diri ketika kesihatan mereka merosot.

1. Elak menjadi sasaran pemangsa

Walaupun dikenali sebagai pemburu yang cekap, kucing juga boleh menjadi mangsa kepada haiwan lain yang lebih besar.

Di habitat semula jadi, haiwan yang lemah atau sakit lebih mudah diserang. Oleh itu, bersembunyi menjadi cara terbaik untuk mengurangkan risiko dikesan pemangsa.

2. Menjimatkan tenaga untuk pulih

Sama seperti manusia yang lebih banyak berehat ketika demam atau tidak sihat, kucing juga akan mengurangkan pergerakan bagi menjimatkan tenaga.

Tenaga yang ada akan digunakan untuk mengekalkan fungsi organ penting serta membantu proses pemulihan badan.

Justeru, jika kucing kesayangan anda tiba-tiba menjadi pendiam, kurang aktif atau suka bersembunyi, jangan terus menganggap ia petanda kematian.

Sebaliknya, ia mungkin isyarat bahawa haiwan tersebut sedang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan perhatian serta pemeriksaan veterinar dengan segera.

Artikel Lain