PELAKON Datuk Remy Ishak memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk menerima watak Awang dalam filem terbaharu berjudul Khadam selepas dimaklumkan aktres asal Indonesia iaitu Aghniny Haque turut terlibat sama.Kata Remy atau atau Mohammad Zalimei Ishak, 44, biarpun tidak mengenali Aghniny secara dekat namun dia berasa kagum terhadap bakat lakonan aktres berkenaan. "Ketika ditawarkan filem ini, saya tanya kepada produksi siapa pelakon wanita sebab watak itu emosi sangat besar. Mereka maklumkan Aghniny dari Indonesia.Remy membawa watak Awang dalam Khadam. "Saya tidak kenal, tetapi isteri suruh saya terima sebab dia tengok lakonan Aghniny. Selepas menonton sendiri lakonannya sebelum ini, tak perlu dipertikaikan lagi. "Kami boleh dapat keserasian dalam tempoh singkat. Dia sangat berbakat dan mudah memberi kerjasama," katanya kepada mStar.Berkongsi tentang penglibatannya dalam filem ini, Remy akui watak Awang bukanlah mudah untuk diterjemahkan kerana memiliki karakter tersendiri yang sukar difahami.ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tak kalah dengan gangguan - “Saya ini pejuang” ARTIKEL BERKAITAN: “Sejarah hitam apa menghantui hidup anda?”… Remy Ishak ‘sound’ individu pertikai rezeki pelakon tak halalBiarpun begitu, dia menyahut cabaran dan mendalami ciri-ciri lelaki yang ingin disampaikan dalam filem arahan Shamyl Othman ini. "Berlakon memang seronok, tapi saya sendiri tak suka watak ini sebab karakter sangat berat. Kalau boleh memang nak cepat habiskan penggambaran. "Saya kena gambarkan seorang lelaki yang kurang berkomunikasi dengan keluarga. Perasaan itu berat. Dalam setiap babak itu saya nak buat supaya mesejnya sampai. Tiga pelakon utama filem Khadam. "Antara cabaran lain adalah apabila berlakon dengan pelakon cilik. Saya kena tunjukkan emosi bapa yang garang dan tegas. Untuk mereka yang baru berlakon mesti berpandangan Remy Ishak seorang yang garang," ceritanya.Selain Remy dan Aghniny filem ini turut menampilkan pelakon Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff serta Karl El. Khadam memulakan tayang di seluruh pawagam pada Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!