Kumpuan Dramatis Studio Kuala Lumpur dipimpin oleh aktivis terkenal, Rosli Rahman Adam (dua dari kanan).
FESTIVAL Teater Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Zon Tengah mencipta sejarah tersendiri tahun ini apabila menerima sebanyak 22 penyertaan daripada kumpulan teater yang ingin beraksi dalam festival berprestij itu.Lebih menarik, penyertaan kali ini bukan sahaja melibatkan kumpulan baharu, malah turut disertai beberapa nama yang sudah mencipta reputasi di pentas teater nasional dan antarabangsa. Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kuala Lumpur (JKKNKL), Hidayatul Ein Mohamad Azmi, penyertaan yang merangkumi pelbagai generasi serta genre teater itu membuktikan seni persembahan pentas masih mendapat tempat dalam kalangan penggiat seni.Aksara Rhymba dianggotai oleh generasi moden dengan idea moden."Jumlah penyertaan yang diterima di luar jangkaan dan ini sudah pasti akan memeriahkan lagi Festival Teater JKKN Zon Tengah tahun ini," katanya.Bagi memastikan pemilihan dibuat secara adil, satu sesi saringan telah diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur untuk menilai semua permohonan yang diterima.Menurut Hidayatul, sesi tersebut diadili oleh beliau bersama Hasnimizan Ishak, Christopher Ling dan Mohamed Fauzi Ahmad bagi memilih lima kumpulan terbaik untuk berentap di pentas akhir.ARTIKEL BERKAITAN: “Suka ke cikgu garang?” – Amar Asyraf terkejut menerima tawaran mengajar teater, ramai juga mahu sertai kelas lakonanARTIKEL BERKAITAN: Bayaran pelakon teater lebih rendah berbanding artis popular, Juhara Ayob minta generasi baharu fikir positif"Sesi saringan ini bertujuan memilih lima kumpulan terbaik yang akan bertanding pada pertengahan Julai depan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)."Kumpulan yang terpilih juga perlu mengekalkan seramai 20 anggota sehingga pertandingan peringkat kebangsaan diadakan pada tahun hadapan," ujarnya.Antara kumpulan yang menghantar penyertaan termasuk FITA Theatre Production UiTM, Kelab Anak Seni, Gabungan KSSK & IPGKBM, Puspakarya, Persatuan Arena Anak Seni, Tamu Lestari Production dan Persatuan Kebudayaan Suara Alam.Dalam pada itu, Hidayatul Ein berkata antara perkara yang paling mencuri perhatian ialah kehadiran beberapa aktivis teater berpengalaman yang turut menyertai sesi saringan berkenaan.Dr Aida (dua dari kanan) bersama Kumpulan Persatuan Seni Sezaman cuba mengangkat kisah Raja Bersiong.Mereka termasuk Dr. Zainatul Aida Abdul Rahman yang mewakili Persatuan Seni Sezaman serta Rosli Rahman Adam bersama kumpulannya, Dramatis Studio."Kehadiran mereka memberi nilai tambah kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan generasi muda, khususnya berkaitan konsep teater klasik seperti purbawara dan karya era 1950-an."Secara tidak langsung ia menjadi sumber inspirasi kepada penggiat teater muda untuk terus berkarya dan memperkukuhkan lagi seni persembahan pentas di ibu kota," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!