suria
mStar - Urban.Versatil

“Sejarah hitam apa menghantui hidup anda?”… Remy Ishak ‘sound’ Tareq Fit pertikai rezeki pelakon tak halal

Remy mahukan sebab kariernya dibenci ramai.

PELAKON Datuk Remy Ishak tampil bersuara apabila kerjaya lakonan dipersoalkan dan didakwa sebagai sumber rezeki tidak halal oleh personaliti media sosial, Tareq Fit.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan tersebut yang disifatkan seakan-akan memperlekeh golongan anak seni.

Katanya sepanjang bergelar artis, dia  tidak pernah menyaksikan mana-mana rakan seperjuangan bertindak menghukum atau menghina individu lain, meskipun berdepan pelbagai ragam masyarakat.

Luahan Remy di hantaran Thread miliknya.

“Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan atau hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekalipun rakan sesama aliran seni ini menghukum, mencaci, mengherdik atau menghina sesiapa saja yang datang kepada kami.

“Pernah juga yang bukan peminat datang untuk bergambar, malah kami layan juga dengan senyuman,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran tersebut, Remy turut memuat naik tangkap layar perbalahan melibatkan Tareq dan pelakon Kamal Adli sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Remy turut mempersoalkan punca sebenar individu tersebut yang dikatakan membenci  golongan industri seni kreatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli ‘sound’ Tareq Fit minta fokus ibadah puasa, jangan sibuk cari salah orang… “Cukup-cukuplah, kita di Malaysia hidup harmoni”

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak cedera di lokasi penggambaran, alami keretakan tulang rusuk

“Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni atau kreatif ini? Ada ahli keluarga yang kena tikam dengan kami ke? Cuba kongsi sebabnya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, konflik tercetus apabila Kamal menegur Tareq agar memberi tumpuan kepada ibadah puasa dan tidak mempersoalkan penghasilan lagu raya oleh pempengaruh berperwatakan lembut.

Bagaimanapun, teguran itu dipercayai tidak diterima baik apabila Tareq hingga mempersoalkan kerjaya lakonan Kamal dan mendakwa aktor berkenaan mencari rezeki dengan cara tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat.

Isu tersebut kini hangat diperkatakan di media sosial dengan rata-rata netizen mempertahankan golongan anak seni dan menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai keterlaluan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain