suria
mStar - Urban.Versatil

Adrian Adam bawa semangat arwah abang lawan kanser tulang… “Sekarang saya abang sulung”

Adrian sedia bertarung melawan kanser.

PEMERGIAN abang tercinta akibat kanser paru-paru tahap tiga tidak mematahkan semangat anak kedua pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam, sebaliknya menjadi kekuatan buatnya untuk terus melawan kanser tulang yang dihidapi.

Adrian atau nama sebenarnya Adrian Adam Khairil Idzhar, 18, berkata dia akan membawa semangat Allahyarham Andre Mikhail,20, dalam perjuangannya menentang penyakit tersebut.

“Ya, (bawa semangat arwah), Insya-Allah,” katanya kepada mStar.

Adrian disahkan menghidap kanser tulang.

Adrian berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pengebumian abangnya di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Keramat, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Adrian, Allahyarham banyak memberikan kata-kata semangat selepas mengetahui dia turut menghidap kanser.

“Ada. Dia bagi semangat juga kepada saya sebab nanti kami akan duduk wad yang sama. Tapi Allah takdirkan ambil dia dulu. Tak apalah, saya terima,” ujarnya sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah anak Amyza Aznan, Andre Mikhail selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Shiera cadang nama Andre kepada Amyza Aznan, tak mampu sorok kesedihan… “Semua yang datang tidak dapat tahan air mata”

Dalam masa sama, Adrian menganggap pemergian abang sulungnya itu sebagai satu takdir dan ujian besar buat keluarganya.

“Kami reda. Saya harap Allah merahmati abang saya dan lindungi dia daripada azab kubur serta azab api neraka.

“Apapun, saya kena kuat untuk keluarga saya.  Sekarang saya (dah jadi) abang sulung,”katanya.

Jenazah Andre selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor.

Berkongsi mengenai momen terakhir bersama Allahyarham, Adrian berkata mereka hanya sempat berbual ringkas mengenai perkara harian sebelum keadaan kesihatan abangnya semakin merosot.

“Saat-saat terakhir, saya ada bersama dia. Sebenarnya dia sudah seperti di awang-awangan. Bila kita tanya, dia macam mengigau dan mamai.

“Saya ada tanya dia nak makan tak? Dia jawab tak nak… mengantuk, nak tidur,” ujarnya.

Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain