PELAKON Sharifah Shahirah tidak dapat melupakan saat-saat indah ketika menyambut kelahiran anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail.Lebih menyentuh hati Shahirah atau mesra disapa Shiera, 52, berkata nama Andre juga merupakan cadangan daripadanya untuk diberikan kepada cahaya mata sulung sahabatnya itu. “Ketika Amyza melahirkan Andre, saya ada dalam bilik bersalin. Saya ada di situ menemaninya. Anak Amyza iaitu Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin.“Nama Andre juga saya yang cadangkan kepada Amyza. Saya suka nama orang putih. “Saya cakap kepada Amyza, kalau dia hendak guna nama itu untuk anak, ambillah,” katanya.Shiera berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pergi di bulan Ramadan, itu yang menguatkan saya” - Suami Amyza Aznan reda, Andre Mikhail tetap ceria walau setahun diuji kanserARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amyza Aznan meninggal duniaShiera yang sempat melawat Amyza dan Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengakui tidak mampu menahan sebak sebaik menerima berita duka itu.“Apabila dengar berita mengenai Andre, saya jadi buntu. Saya masuk dan tidak boleh tahan sebak. Amyza sudah berhenti menangis, saya pula yang menangis. Tidak boleh nak sorok. Saya tidak tahu nak cakap apa.“Hendak cakap dia kuat pun saya tak mampu. Dalam hati cuma mampu berdoa. Semua yang datang pun tidak dapat tahan air mata. Semua orang ada ujian masing-masing dan Amyza diuji begini,” katanya.Arawah Andre meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru.Menurut Shiera, Allahyarham merupakan seorang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab, malah banyak membantu menjaga adik-adiknya.“Andre memang anak yang sangat baik. Dia banyak bantu jaga adik-adik. Mereka memang sangat rapat dengan keluarga. Amyza pula ibu yang sentiasa dengan anak-anaknya.“Lebih membuatkan saya tersentuh apabila tengok adik-adik Andre. Bila Amyza sibuk, Andre yang jaga mereka. Malah, adiknya tidak mahu terlalu dekat dengan abang sebab tidak sanggup. Semua orang tidak kasihan tetapi kita kena lalui juga,” ujarnya.Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam Isnin di HKL selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube