PEMERGIAN anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terakhir pada bulan Ramadan memberi kesan mendalam buat suaminya, Khairil Idzar.Bagaimanapun, Khairil atau nama penuhnya Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap pemergian anaknya pada bulan mulia itu sebagai satu penguat semangat buat dirinya. “Dia pergi di bulan Ramadan. Itu yang menguatkan saya. Khairil berkongsi kenangan terakhir bersama anak tersayang. “Saya ada bersama Allahyarham (meninggal), semuanya dipermudahkan. Pemergiannya terlalu mudah,” katanya kepada mStar.Khairil berkata demikian ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur pada awal pagi Selasa. Dalam pada itu, Khairil menyifatkan Andre sebagai seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan keluarga meskipun sedang menanggung derita akibat kanser paru-paru sejak tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga diminta bersedia, Amyza Aznan bawa anak sulung balik rumah… “Hanya mengharap keajaiban”“Dia anak yang baik. Tidak menyusahkan saya walaupun dalam keadaan sakit.“Dia tak dapat bercakap ketika nafas terakhirnya. Doktor dah maklumlan semalam yang keadaannya kritikal,” ujarnya.Menurut Khairil, Andre telah setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga dan sepanjang tempoh itu arwah sentiasa kelihatan ceria walaupun terpaksa menahan kesakitan.Amyza mengiringi jenazah anaknya ketika dibawa keluar dari Unit Forensik HKL. “Anak saya setahun melawan sakit kanser. Dia tetap gembira walau sakit.“Dia ada tanya kenapa makin lama makin tidak kuat, tapi itulah prosesnya kan,” tambahnya.Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam Isnin akibat kanser paru-paru. Jenazah bakal disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada pagi Selasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube