PELAKON Amyza Aznan membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.Amyza, 49, bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca keputusan tersebut, sebaliknya menyerahkan soal kesembuhan anaknya, Andre Mikhail kepada keajaiban. “Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan keluar dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulisnya menerusi hantaran di InstaStory. Luahan Amyza mengenai keadaan anaknya.Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Amyza dilihat setia berada di pangkuan anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya.Malah Amyza juga memaklumkan pihak perubatan meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.Tidak bersedia menerima kenyataan itu, pelakon berkenaan turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya selain mencadangkan ikhtiar lain yang bersesuaian.ARTIKEL BERKAITAN: “Andre masih kimoterapi, Adrian bakal menyusul” – Amyza Aznan kongsi perkembangan anak di live TikTok, bukan nak menagih ‘gift’ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Amyza Aznan kuat berdepan ujian, sempat kongsi perkembangan selepas disahkan hidap kanser tulang“Saya sekarang berada di hospital, tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa sahaja perubatan.“Doktor suruh keluarga bersedia, Ya Allah tolonglah. Sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital,” katanya.Sementara itu, usaha mStar untuk mengetahui lebih lanjut keadaan anaknya bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.Hantaran meminta orang ramai membantu keadaan anaknya.Pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor. Andre kemudian dipindahkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube