PELAKON Amyza Aznan berkongsi perkembangan terkini keadaan dua anak lelakinya, Adrian Adam dan Andre Mikhail yang kini sedang berdepan ujian masalah kesihatan serius.Menurut Amyza, anak sulungnya, Andre masih meneruskan rawatan kemoterapi, manakala Adrian pula dijadualkan menjalani rawatan sama dalam masa terdekat. “Hari ini istimewa untuk anda semua yang sentiasa mendoakan anak-anak saya, sebab itu saya buat siaran langsung untuk berkongsi perkembangan keadaan mereka.Anak sulung iaitu Andre kanser paru-paru.“Andre masih menjalani kemoterapi dan Adrian akan menyusul tidak lama lagi. Jutaan terima kasih atas doa anda semua,” katanya ketika bersiaran langsung di TikTok.Menerusi siaran langsung itu turut memaparkan wajah anaknya yang tersenyum memandang ke arah kamera telefon. Lebih menyentuh hati, Amyza memaklumkan keadaan Andre kini menunjukkan perkembangan positif apabila anaknya itu kelihatan semakin ceria.ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Amyza Aznan kuat berdepan ujian, sempat kongsi perkembangan selepas disahkan hidap kanser tulangARTIKEL BERKAITAN: Anak Amyza Aznan ucap terima kasih atas sokongan dan bantuan Fattah Amin, Amira Othman“Disebabkan doa itulah anak-anak saya nampak ceria seperti ini dan selepas ini oksigen juga akan ditanggalkan. Alhamdulillah,” ujarnya sebak.Dalam pada itu, pelakon berkenaan menjelaskan tindakannya membuat siaran langsung bukanlah untuk meraih ‘gift’ daripada pengikut, sebaliknya bagi memaklumkan keadaan terkini anak-anaknya kepada orang ramai yang mengambil berat.“Sebab itu saya tak nak buat live, takut orang kata nak ‘gift’. Sebenarnya saya buat live kerana ramai yang bertanya dan nak tahu keadaan anak-anak saya.Anak kedua iaitu Adrian disahkan menghidap kanser tulang.“Bila buat live ini, anak saya pun tersenyum. Terima kasih kerana doakan, mereka rasa gembira. Alhamdulillah, terima kasih atas ‘vibe’ positif semua,” katanya.Pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang.Lebih memilukan, ujian tersebut hadir selepas hampir setahun Andre Mikhail berjuang melawan kanser paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube