TINDAKAN personaliti media sosial, Boss James mengundang pengacara Hawa Rizwana ke rumahnya mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen. Menerusi perkongsian video yang dimuat semula daripada sesi siaran langsung dipercayai di TikTok, James atau James Lee, 34, dilihat cuba menunjukkan perhatian dengan menawarkan bantuan kepada Hawa selepas pengacara itu mengadu tidak sihat. Kata James, sekiranya Hawa berkunjung ke rumahnya, dia akan menjaga dengan baik. Antara komen-komen netizen di media sosial."Tak mengapa setiap kali awak sakit datang saja rumah saya, saya jaga awak. "Kalau siapa-siapa datang tangkap terus kahwin sajalah senang. Ingat saya tak berani ke?," katanya. Dalam pada itu, aksi James menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakannya sebagai terdesak dan kurang matang. ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Bersemut’ skrin tengok Boss James minta Hawa Rizwana bacakan doa makan ketika sahur, target puasa penuhARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal, Boss James jatuh hati lihat sikap Hawa Rizwana... Puji cantik dan pandaiMalah, ada yang melabelkan James sebagai lelaki 'red flag' (amaran tanda bahaya). "Entahlah, gelilah cakap macam ni. Maksudnya ada niat nak ajak Hawa duduk sekali sebelum kahwin. "Tak tahu kenapa Hawa masih melayan 'drama' dengan James ni. Daripada luaran memang tak sesuai langsung. Cara dia bercakap nampak terdesak, lelaki gatal dan tak matang."Redflaggg," tulis netizen. Sebelum ini, James mengakui berkawan rapat dengan Hawa dan menyifatkan pengacara itu seorang yang baik dan lemah lembut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube