PROGRAM bual bicara kerohanian, Borak Dulu Baru Buka kembali untuk musim keenam (BDBB 6) dengan memperkenalkan Nana Mahazan sebagai hos baharu menggantikan Wany Hasrita dan Khir Rahman yang sudah bersama rancangan itu selama lima musim.Rancangan yang mula ditayangkan sejak 2021 itu menampilkan gandingan Amin Idris dan Nana sebagai hos tetap sekali gus membawa nafas segar dalam penyampaian topik-topik kerohanian sepanjang Ramadan. Menurut Penerbit Penyelaras BDBB 6, Rogby Faziana Mohd Puzi, pemilihan Nana Mahazan dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luasnya sebagai personaliti TV.Nana dipilih kerana kredibiliti sebagai pengacara. - Foto RTM“Nana mempunyai kekuatan tersendiri dalam mengendalikan program berbentuk ilmiah dan santai. Karakternya yang matang, berpengalaman serta mudah didekati penonton sangat sesuai dengan hala tuju musim keenam ini.“Kali ini pihak pengurusan mahu suntikan tenaga baharu tanpa mengubah identiti asal program. Nana dilihat mampu membawa keseimbangan antara informasi dan emosi dalam setiap perbincangan,” katanya.Tambah Rogby, musim kali ini tampil dengan tajuk yang lebih mendalam dan reflektif, bukan sahaja menyentuh aspek ibadah, tetapi turut mengupas penghayatan spiritual secara lebih praktikall.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 22 tahun AF1, Nana Mahazan dedah ‘misteri’ bagasi peserta tersingkirARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan malu nak merungut, terkesan dengar ujian berat insan lain… “Kisah ibu bapa layan anak macam orang asing paling meruntun jiwa”Antara tajuk yang sudah dibincangkan termasuk Menunggu Bulan Jatuh Ke Jiwa, yang menghuraikan fadhilat dan kelebihan Ramadan berdasarkan al-Quran dan hadis.Selain itu, episod Cuci Hati: Guna Span atau Berus Dawai? mengupas konsep penyucian hati melibatkan empat unsur utama iaitu nafsu, qalbu, akal dan roh.Amin Idris dan Nana bersama tetamu jemputan. - Foto RTMMusim terbaharu itu turut mengetengahkan Slot Wakaf: Kerana Cinta Aku Wakafkan yang menyentuh tentang wakaf sebagai bukti cinta berpanjangan serta bagaimana sumbangan kecil mampu memberi impak besar kepada pendidikan, kesihatan dan kebajikan masyarakat.Dengan pendekatan lebih segar dan perbincangan yang dekat dengan realiti masyarakat, BDBB 6 dijangka terus menjadi pilihan penonton setia TV1 yang ditayangkan secara langsung pukul 6.40 petang sepanjang Ramadan ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube