suria
mStar - Urban.Versatil

Sistem imun lemah selepas bergelar ibu, Atikah Suhaime minta tips dapatkan kembali suara... "Saya tiada masa untuk berehat"

Atikah akui sistem imunnya jadi rendah selepas bergelar ibu.

BARU beberapa hari menjalani ibadah puasa, pelakon Datin Atikah Suhaime berdepan detik cemas apabila tiba-tiba hilang suara.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata sejak bergelar ibu dia merasakan tahap kesihatannya semakin merosot dan mudah jatuh sakit.

"Saya hilang suara  saya. Baru beberapa hari berpuasa. Sejak jadi mak-mak ini, sistem imun saya jadi agak lemah. Sikit-sikit sakit. 

Atikah mendedahkan perkara itu melalui hantarannya di Threads. 

"Kalau dulu puasa sambil buat 'live' jual ubat gigi pun okay sahaja. Ada apa-apa tips? Macam mana nak dapatkan suara saya dengan cara paling cepat," katanya. 

Atikah berkongsi perkara itu dalam halaman Threads miliknya pada Isnin. 

Tambah Atikah, dia tidak mempunyai masa untuk berehat dan berharap dapat menemui rawatan yang berkesan bagi memulihkan suaranya dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime menangis salahkan diri sendiri, suami cuba pujuk minta bertenang

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Singapura selera Kelantan” - Atikah Suhaime jatuh cinta dengan nasi kerabu, budu

"Tak, saya tidak ada masa untuk berehat. Saya perlukan rawatan yang berkesan. Segera," ujarnya. 

Bagaimanapun Atikah dalam satu hantaran lain menjelaskan, kehilangan suaranya itu tidak menjejaskan tahap kesihatannya. 

"Dia tidak sakit pun, cuma saya hilang suara saya. Macam mana ini? Tidak pernah terjadi," katanya. 

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain