suria
mStar - Urban.Versatil

Khuatir janggut dipotong dalam tahanan, peguam minta suami Heliza Helmi diikat jamin

Mahadi bimbang janggutnya dipotong semasa dalam tahanan.

PEGUAM mewakili suami kepada Datin Seri Heliza Helmi memaklumkan anak guamnya memohon dibebaskan dengan jaminan kerana bimbang sekiranya janggut yang sudah lama disimpan dipotong semasa dalam tahanan.

Peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus dalam hujahan di hadapan hakim ketika memohon supaya jaminan dikurangkan memberitahu mahkamah jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggut panjangnya berkemungkinan dipotong.

"Sekiranya jaminan tidak dibenarkan, tertuduh akan dipenjarakan dan janggut panjangnya berkemungkinan akan dipotong.

Mahadi mengenakan pelitup muka semasa keluar mahkamah.

"Ini akan memberi kesan kepadanya," katanya dalam laporan Berita Harian. 

Bukan itu sahaja, Mohd Zamri berkata anak guamnya itu juga menanggung ibunya menghidap kanser selain tahap kesihatannya yang kini tidak menentu. 

Selain itu, Mohd Zamri turut menegaskan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan bukan individu yang berisiko untuk melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Heliza Helmi tak mengaku salah berniaga sekuriti tanpa lesen, dibenar ikat jamin RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin misi Global Sumud Flotilla akan selamat, suami Heliza Helmi tenang dapat berita isteri ditahan - "Mereka tak berani lakukan perkara ekstrem"

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin, berhujah dan memohon mahkamah menimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur dalam pasaran sekuriti sebelum membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Katanya, pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan jumlah jaminan RM250,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan pasport diserah kepada mahkamah serta tertuduh dikehendaki melapor diri di pejabat SC sebulan sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi RM100,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.

Sebelum ini, Mahadi mengaku tidak bersalah dalam dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah pada Isnin.

Mahadi ketika berada di mahkamah di temani polis bertugas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan AUF MBZ Consortium PLT bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti yang mana tertuduh sebagai wakil syarikat itu adalah disifatkan telah melakukan kesalahan tersebut.

Tertuduh dipercayai melakukan kesalahan tersebut di sebuah villa di Sunway South Quay, Subang Jaya antara antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024. 

Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta serupa.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 atau kedua-duanya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain