PELAKON Kamal Adli meminta pengikut di media sosial supaya tidak salah faham berhubung pengkongsiannya tentang tempoh idah. Sekadar meluahkan perasaan, l Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. "Hantaran saya fasal isu idah itu tak tuju mana-mana pihak, hanya nak kongsi dengan anda semua. Jika tidak saya jadi 'bengong' pendam," katanya. Penjelasan Kamal di Threads. Kamal menjelaskan perkara tersebut di laman Threads miliknya selepas berkongsi tentang menjaga pergaulan selepas bercerai. Dalam luahan tersebut, pelakon itu menegaskan dia tidak mahu rapat dengan mana-mana wanita dan menegaskan fokus utamanya adalah kepada anak tersayang. "Dalam tempoh sekarang ini memang kena jaga semua benda, walau dalam kerja kan? Walau satu pihak dalam idah. Sehabis baik menjaga semua. ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli ‘sound’ Tareq Fit minta fokus ibadah puasa, jangan sibuk cari salah orang… “Cukup-cukuplah, kita di Malaysia hidup harmoni” ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan sesama lelaki, Kamal Adli mohon maaf tarik rambut jurusolek"Buat lawak, buat happy. Tak cuba nak rapat dengan mana-mana perempuan walau waktu kerja. Yang ada cuma anak dan bukan nak gedik-gedik di mana-mana tempat. "Pendam ini sakit juga ya," luahnya. Kenyataan tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut yang turut menyokong dan memberi kata-kata semangat buat Kamal. Kamal sempat mohon doa orang ramai buat kesihatan anak Amyza (kanan). Namun tidak kurang juga ada sesetengah pihak mula membuat perbandingan kisah hidupnya dengan nama selebriti lain yang juga pernah melalui fasa perceraian. Sementara itu dalam hantaran sama, Kamal tidak lupa meminta orang ramai untuk terus mendoakan buat kesihatan anak kepada aktres Amyza Aznan yang kini sedang berdepan ujian sakit kanser. "Baik kita sama-sama fokus untuk anak-anak Amyza yang tengah berjuang. Sama-sama doa pada Allah," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube