PENYANYI dan pelakon Farahdhiya menegur tindakan seorang individu yang mempersoalkan warna giginya yang kelihatan terlalu kuning.Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin, 42, berkata dia selesa dengan warna tersebut selain tidak mengenakan gigi palsu tiruan. “Ada hamba Allah ini komen dekat Instagram saya, dia tanya kenapa gigi sis kuning?Farahdhiya selar tindakan netizen suka cari salah.“Gigi saya original, bukan fake. Memang keturunan warna tak berapa putih,” katanya menerusi hantaran di Threads. Menurut Farahdhiya, tiada keperluan melakukan rawatan kosmetik yang berlebih kerana lebih selesa tampil dengan diri sendiri.“Saya tak berminat nak buat veneers sebab tak ada benda yang saya nak sorok. Saya bersyukur dengan apa yang ada.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak matang dan tiada kelas” - Farahdhiya ‘sound’ individu buka aib bekas pasangan lepas berpisahARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi mangsa, Farahdhiya tendang pembuli sampai tergolek"Bukan semua orang ada gigi yang putih, kalau gigi awak warna purple mungkin awak kena risau,” ujarnya.Dalam masa sama, Farahdhiya turut menegur sikap segelintir individu yang gemar mencari kesalahan orang lain, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.Katanya, tindakan itu selalunya dilakukan oleh golongan pengecut dan hanya menggunakan akaun palsu untuk menghina orang lain.Farahdhiya yakin dengan diri sendiri.“Saya ingat bulan-bulan puasa ini setan semua kena ikat. Mungkin setan yang kurang ganas dan lebih kecil masih ada lagi kot.“Seperti awak sibuk mencari kesalahan orang lain. Heal and get a life please?” katanya lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube