PENYANYI Zizi Kirana berdepan detik cemas apabila menyaksikan sendiri insiden tembakan ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria. Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, bagaimanapun tetap bertenang dan mengharapkan doa orang ramai untuk kesejahteraan umat di sana. "Ketika ini memang sangat terkejut, sebab berlaku depan mata. Hantaran tersebut dibuat Zizi dan Nadzmi di Threads. "Terima kasih yang mendoakan keselamatan kami. Doakan agar saudara kita di Syria ini sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah," katanya. Zizi menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya mengenai perkembangan terkini sepanjang misi berjalan. Hantaran tersebut juga dibuat sebagai respons kepada perkongsian pelakon Nadzmi Adhwa yang turut bersamanya dalam misi berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rindu anak-anak di Syria” - Zizi Kirana tak sabar sambut awal Ramadan di kem pelarian, bakal berlepas pagi esok ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dengar bunyi letupan, kini dalam keadaan bersediaMenceritakan situasi tersebut, menurut Nadzmi, dia dan rakan-rakan lain terus menuju masuk ke dalam kenderaan mereka selepas mendengar bunyi letupan. Malah Nadzmi pada awalnya menyangkakan ia adalah bunyi orang bermain mercun. "Ingatkan orang tengah main mercun macam di Malaysia, sekali bunyi senapang AK47 dia tembak ke langit. Nadzmi dan Zizi menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 10 hari. "Tersentak sekejap, lupa pula kami dekat Syria bukan Malaysia. Cepat-cepat lari masuk van," tulisnya. Untuk info, Zizi dan Nadzmi mengikuti misi kemanusiaan Cinta Salam Malaysia ke Syria selama 10 hari. Mereka mula berangkat ke sana pada 18 Februari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube