suria
mStar - Urban.Versatil

Ebby Yus tak mahu ‘goyang kaki’ urus dua cawangan restoran pemberian Ajak… “Dia marah kenapa kerap datang, saya pula tak sedap hati”

Ebby (kiri) mengambil tanggungjawab memegang amanah yang diberikan oleh Ajak.

PELAKON Ebby Yus mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang tugas rasmi di Restoran Bumbu Babah yang dihadiahkan oleh penyampai radio dan pelawak Ajak Shiro.

Ebby atau Ebby Yus Ramli, 60, berkata pemberian tersebut bukanlah bermaksud dia perlu mengurus atau bekerja di restoran berkenaan, sebaliknya ia adalah inisiatif Ajak untuk membantunya menjana pendapatan bulanan.

Kata Ebby, Ajak tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia hadir bekerja atau membantu di restoran berkenaan.

Ebby bersyukur dibantu oleh rakan artis.

Ebby bersyukur dibantu oleh rakan artis.

"Kalau ikut Ajak, sebulan sekali je dia suruh datang, malah boleh saja  sekiranya saya tak datang kedai. 

"Kadang-kadang bila saya datang restoran banyak hari, dia marah dan tanya buat apa di sini. Malah dia suruh saya balik sahaja.

"Dia memang nak kongsi rezeki. Sebenarnya dia boleh saja beri tanpa perlu datang atau ambil tahu apa-apa berkaitan kedai, tetapi saya sendiri rasa tak elok kalau tak sumbangkan apa-apa," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu susahkan Ebby Yus bergerak jauh, Ajak hadiahkan cawangan restoran kedua... Lebih dekat dengan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Buka cawangan kedua restoran, Ajak murah hati serah gaji dan keuntungan kepada Ebby Yus

Dalam pada itu, Ebby turut menjelaskan dia bukanlah pemilik sebenar restoran tersebut walaupun namanya sering dikaitkan dengan dua cawangan iaitu di Kampung Baru dan Pasar Seni.

Menurutnya, dia berasa kurang selesa sekiranya menerima manfaat tanpa memberikan sebarang komitmen dan sumbangan.

"Saya ni sebenarnya bukannya pemilik di dua restoran Bumbu Babah. Dia niat nak bantu sebab sekarang saya tidak menjana apa-apa pendapatan.

"Dia tidak beri saya buat apa-apa Jadi saya cakap kalau dia nak tak beri buat apa-apa, tak seronoklah, sekurang-kurangnya saya datang ke kedai dan boleh layan pelanggan," ujarnya. 

Rumah dan keperluan asas semua selesai.

EBBY YUS

PELAWAK/PELAKON

Mengulas mengenai keadaan kewangannya, Ebby mengakui pendapatan yang diterima kini tidak seperti dahulu, namun dia tetap bersyukur kerana keperluan asasnya terjaga.

"Pendapatan sekarang tak macam dulu, tapi syukur Alhamdulillah. 

"Rumah dan keperluan asas semua selesai. Kalau nak lebih macam dulu, memang tak adalah," katanya. 

Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Ebby berkata buat masa ini dia belum bersedia menerima sebarang tawaran lakonan kerana perlu memberi tumpuan kepada rawatan dialisis yang dijalani di rumah setiap hari.

“Alhamdulillah, keadaan lebih baik berbanding sebelum ini. Saya masih perlu dialisis lapan jam setiap hari bermula selepas Isyak hingga Subuh menggunakan mesin di rumah.

Ajak (kiri) sebelum ini menyerahkan dua cawangan restoran kepada Ebby.

Ajak (kiri) sebelum ini menyerahkan dua cawangan restoran kepada Ebby.

“Pagi pula ada rawatan sekitar 45 minit. Jadi memang sukar untuk bekerja terutama waktu malam.

“Ada produksi yang sanggup sesuaikan jadual, tetapi saya sendiri tak mahu menyusahkan orang,” katanya.

Sebelum ini, Ajak menyerahkan dua cawangan restoran miliknya yang terletak di Pasar Seni dan Kampung Baru untuk diuruskan Ebby sebagai bantuan kepada pelawak itu terus mencari rezeki. 

Mengikut perjanjian, Ebby mendapat peratus daripada keuntungan jualan bulanan selain gaji penuh sebagai pemilik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain