ANAK sulung kepada pelakon Amyza Aznan dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin akibat kanser paru-paru. Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Amyza dalam satu kenyataan ringkas di InstaStrory miliknya. "Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi. "Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat anak saya," tulisnya. Sementara itu rakan artis iaitu Didie Alias juga memaklumkan perkhabaran tersebut ketika dia sendiri berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Difahamkan Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.15 malam hari Isnin. "Iya betul. Meninggal di hospital," katanya kepada mStar. Amyza setia menemani anaknya hingga akhir hayat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahunAllahyarham Andrea merupakan anak sulung Amyza dan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu. Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bererapa hari lalu bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube