suria
mStar - Urban.Versatil

Rakam 2 lagu pada usia 15 tahun, ‘Kehilangan’ bakar semangat Iman Darwisy

Iman melancarkan single baharu berjudul Kehilangan.

PENYANYI Iman Darwisy menyifatkan pelancaran single terbaharunya berjudul Kehilangan sebagai satu pencapaian manis dalam perjalanan seninya.

Iman atau Muhammad Nur'Iman Darwisy Mohd Noorazreen, 15, berkata lagu solo kedua itu menjadi detik bermakna yang membakar semangatnya untuk terus melangkah dalam industri muzik tanah air.

“Alhamdulillah, ini single kedua saya. Rasa sangat bersyukur sebab pada usia 15 tahun sudah ada dua single sendiri. 

Iman meluahkan rasa bangga dapat menghasilkan dua single lagu di usia muda.

"Semua ini hasil sokongan ibu bapa, termasuk komposer yang hasilkan lagu serta lirik menyentuh hati dan sesuai dengan jiwa saya.

“Saya harap lagu ini boleh beri mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Kehilangan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Ilham Baso yang bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Iman Darwisy terima anugerah ‘Rising Star Award’

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan tradisional dan moden, Wany Hasrita pertaruh ‘Lembayung Tari’

Menurut Iman, lagu berentak balada itu sememangnya dekat dengan dirinya kerana sejak kecil dia sudah terbiasa dengan genre perlahan yang sarat emosi.

Justeru, Kehilangan dipilih kerana mampu memberikan jiwa dan penghayatan tersendiri dalam persembahannya.

“Saya membesar dengan lagu-lagu genre perlahan dan balada. Jadi memang agak mudah untuk menjiwai lagu macam ini, sebab itu saya pilih Kehilangan sebagai single terbaharu saya.

Iman selesa menyanyikan lagu bergenre balada.

“Kalau boleh, saya nak ekspresikan penghargaan kepada orang yang saya sayang, terutama orang terdekat. Bagi saya, lagu ini boleh jadi simbol perasaan ramai orang,” uajrnya. 

Sementara itu, Iman turut berharap Kehilangan dapat diterima baik oleh pendengar dan menjadi pilihan ketika mengenang insan tersayang.

“Harapan saya semoga semua orang suka lagu ini. Setiap kali kita teringat orang yang kita sayang, rindu  atau yang sudah lama tak berjumpa, kita boleh luahkan perasaan melalui lagu ini,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain