suria

Suami 'mogok' isteri ungkit bab duit! Enggan makan di rumah, minta izin sebelum goreng telur - "Nanti abang ganti balik"

Suami isteri perlu berbincang sekiranya ada masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berasa terkilan kerana suaminya berubah sikap sejak mereka bergaduh dua bulan lalu mengenai perbelanjaan isi rumah.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, suaminya yang merupakan kontraktor berusia 34 tahun hanya memberikan RM800 sebulan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Situasi itu membuatkan dia bertindak memaklumkan suami bahawa RM800 yang diberikan tidak cukup, menyebabkan dia perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli makanan dan keperluan rumah.

"Sudah 10 tahun berkahwin, kahwin muda. Untuk dua bulan ni suami bagi RM800 je memang tak cukup jadi saya terpaksa tambah duit sendiri. Jadi saya tegurlah dia.

Suami isteri perlu berbincang secara rasional bagi mengelakkan berlaku salah faham. -Gambar hiasan AI

"Suami cakap belum ada duit bulan ni sebab kerja kurang. Jadi saya ungkitlah pasal makan minum kena tambah duit saya. Saya cakap haram makan duit saya.

"Macam-macam saya ungkit apa saya beli. Dia cuma diam, cakap tak ada aku faham hidup ni sendirian susah senang," ceritanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun seminggu kemudian, keadaan kembali seperti biasa yang mana suami membayar semula duitnya, malah memberikan wang belanja seperti mana sebelum ini.

Namun, berlaku perubahan ketara terhadap sikap suami yang langsung tidak menjamah makanan yang dimasaknya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira elektrik, merajuk isteri lupa tutup ‘aircond’ sampai sorok ‘remote’! Marah anak tak sengaja tekan ‘timer’

"Dulu dia rajin bawa bekal saya masak tapi sekarang tak lagi. Kalau suruh dia makan lepas balik kerja, mesti dia cakap dah kenyang. 

"Pernah beli makanan Arab lepas keluar dengan famili untuk suami makan dengan anak-anak tapi dia tak makan dan cakap dah kenyang.

"Ada sekali dia balik kerja terus tidur. Tengah malam dia bangun goreng telur. Dia terkejut saya turun dari bilik dan terus dia cakap abang minta telur sayang ye nanti ganti balik," ujarnya lagi.

Kata-kata suami pada malam itu ternyata membuatkan dia tersentak lalu meluru mendapatkan suaminya untuk dipeluk.

  • Isteri bergaduh tentang duit belanja rumah apabila suami hanya beri RM800.
  • Pertengkaran berlaku kerana dia terpaksa tampung perbelanjaan rumah dan mengungkit soal makan minum.
  • Suami kemudian minta maaf dan bayar semula, namun tiba-tiba tidak lagi makan masakan isteri.
  • Lelaki itu sering beri alasan kenyang, malah pernah minta 'pinjam' telur ketika mahu menggoreng tengah malam.
  • Isteri bingung dengan perubahan suami dan tertanya sama ada dia perlu meminta maaf walaupun rasa tidak bersalah.

Mengenangkan sikap suami yang kini berubah membuatkan wanita ini bingung memikirkan sama ada dirinya bersalah dan perlu meminta maaf mempertahankan hak sebagai isteri.

"Saya terkejut dia cakap macam tu sambil peluk dan menangis. Kenapa suami jadi macam tu. Sampai hari ni dia tetap tak berubah. Macam-macam alasan dia bagi kalau suruh makan.

"Suami orang baik, seminggu dua kali bawa saya dan anak-anak makan besar. Kadang dia tak bagi saya masak, dia beli je. Perlu ke saya minta maaf cakap benda betul.

"Hasil isteri, suami tak boleh makan. Lagipun saya berniaga dalam talian je jadi dapatlah RM2,000 sebulan. Sampai hari ni bengang sikap dia yang tak nak makan dekat rumah," katanya lagi.

Artikel Lain