suria

Suami berkira elektrik, merajuk isteri lupa tutup ‘aircond’ sampai sorok ‘remote’! Marah anak tak sengaja tekan ‘timer’

Perselisihan faham dalam rumah tangga adalah perkara biasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mengakui tersinggung dengan tindakan suami menyembunyikan alat kawalan jauh penyaman udara gara-gara tidak mahu dia menggunakan alat elektrik itu.

Menurut wanita berkenaan yang merupakan suri rumah, rutinnya setiap malam sebelum tidur adalah menutup semua suis di ruang tamu, manakala suaminya akan tidur lebih awal.

Namun, pada suatu malam dia menyangka penyaman udara di ruang tamu telah dimatikan tetapi keesokannya ditegur suami kerana alat itu masih berfungsi.

Ada individu sanggup berpanas ketika tidur untuk berjimat cermat. -Gambar hiasan AIAda individu sanggup berpanas ketika tidur untuk berjimat cermat. -Gambar hiasan AI

"Dia kejut saya dan terus tanya kenapa tak off aircond. Saya macam terkedu waktu tu sebab terjaga mengejut dan jawab rasanya dah off semalam

"Suami terus cakap mana ada off! dengan nada yang sedikit bengang. Bila saya nak jawab balik, terus dia keluar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan takut pasang ‘aircond’ waktu tidur... Ini ’trick’ jimat elektrik supaya malam anda lebih selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya salah beli ‘aircond’ punca bil elektrik tinggi! Ini cara kira ‘horsepower’ sesuai ikut keluasan ruang, boleh jimat tenaga 50 peratus

Wanita itu berkata, dua hari selepas kejadian, penyaman udara di bilik tidak digunakan kerana alat kawalan jauh tiba-tiba hilang dan dia mengesyaki suami menyembunyikannya.

"Masuk hari ketiga saya on direct dekat aircond tu sendiri dan bila suami balik kerja dia macam terkejut juga tengok aircond boleh on

"Saya terus tanya bawa remote pergi office ke?  Dia jawab eh mana ada. Dah letak tempat yang sama hari tu," katanya.

Tambahnya, selepas seminggu dia bertindak memeriksa beg kerja suaminya dan menjumpai alat kawalan jauh penyaman udara tersebut yang sebelum ini hilang secara tiba-tiba.

  • Seorang suami sanggup sembunyikan alat kawalan jauh selepas isteri terlupa mematikan penyaman udara.
  • Kejadian bermula apabila isteri sangka penyaman udara sudah dimatikan sebelum tidur.
  • Suami membawa alat kawalan jauh itu ke tempat kerja selama seminggu tanpa pengetahuan isteri.
  • Wanita itu berasa kecil hati kerana sering membayar bil elektrik sendiri namun masih dimarahi.
  • Insiden berulang selepas anak mereka tertekan butang ‘timer’, menyebabkan pasangan itu kembali berselisih faham.

"Lepas tu saya cakap yang saya jumpa remote tu dalam beg dia. Kemudian dia cakap dia tak tahu pun ada dalam tu," katanya.

Menurut wanita itu, dia berasa kecil hati kerana suami sanggup membawa alat kawalan itu ke tempat kerja semata-mata tidak mahu dia menggunakannya.

"Sebelum ni saya selalu je topup bayar bil elektrik bila tengok lebih dari kebiasaannya. Saya bayar siap-siap sebelum dia tengok bil tu," katanya yang membuat kerja sampingan bagi menjana pendapatan.

Penggunaan penyaman udara pada masa kini adalah satu keperluan. -Gambar hiasanPenyaman udara pada masa kini adalah satu keperluan. -Gambar hiasan

Selain itu, dia turut berkongsi kejadian di mana penyaman udara tiba-tiba dihidupkan secara automatik namun selepas diperiksa anak mereka yang berusia setahun tertekan butang timer.

"Muka dia berubah bila nampak aircond dah on. Saya pun terus cakap rasanya anak tertekan timer sebab masa keluar tadi memang dah off.  

"Saya tahu dia bengang. Jadi saya cakap dekat dia nanti saya bayar balik. Masa dia dalam tandas saya terus transfer duit dekat dia. Saya bayar double dari biasa. 

"Lepas tu kami terus tak bercakap. Dia pun terus tidur bilik lain. Mungkin salah saya, sepatutnya saya off je terus main switch mesti aircond off," katanya.

 

 

Artikel Lain