ALANGKAH sedihnya apabila pengorbanan yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan tidak dibalas dengan penghargaan, sebaliknya menjadi punca luka dalam perkahwinan.
Ada kala niat yang tulus untuk membantu pasangan berakhir dengan kekecewaan, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di media sosial.
Dalam perkongsiannya, wanita berkenaan meluahkan rasa kesal apabila keputusan untuk berkahwin tanpa meletakkan sebarang nilai hantaran berakhir dengan penyesalan mendalam.
Persefahaman menjadi antara elemen penting dalam sesebuah rumah tangga agar kekal harmoni. -Gambar hiasan
Dia menyangka tindakan itu akan membuatkan suami lebih menghargai dirinya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Benda paling aku menyesal ialah kahwin tanpa letak hantaran satu sen pun. Aku ingat dia akan hargai sebab aku mudahkan urusan dia. Rupanya tak, langsung tak," tulisnya.
Dia turut mengakui bahawa pada waktu itu, dirinya terpengaruh dengan konsep bercinta selepas nikah, dan percaya bahawa cinta boleh dipupuk selepas bergelar suami isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”
ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM15,000 dah ‘cekau’, tiba-tiba pihak perempuan minta tambahan lagi RM8,000! Tak cukup duit buat kenduri
Apatah lagi menurutnya, keperibadian yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan membuatkan dia terpikat, namun tidak menyangka realiti tidak seindah yang diharapkan.
"Saya terima dia sebab dia pelajar tahfiz, selalu pergi masjid. Saya tak letak hantaran sebab nak mudahkan urusan... kerana lepas kahwin lebih banyak pakai duit.
"Saya tak bercinta pun. Sayalah orang yang bernasib malang tu. Sepatutnya saya letak hantaran tinggi-tinggi," luahnya lagi.
Seorang wanita kesal kerana pengorbanannya berkahwin tanpa hantaran tidak dihargai suaminya.
Dia terpengaruh dengan konsep bercinta selepas kahwin dan percaya cinta boleh dipupuk selepas ijab kabul.
Wanita itu terpesona dengan sifat baik lelaki itu sebagai pelajar tahfiz dan rajin ke masjid.
Dia berkata tindakan tidak meminta wang hantaran kerana mahu memudahkan suami.
Netizen menyifatkan kisahnya boleh dijadikan pengajaran agar kaum wanita tidak merendahkan nilai diri demi pengorbanan atau cinta.
Ringkasan ini dijana oleh AI
Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut sama ada dia dan pasangannya masih bergelar suami isteri atau sudah berpisah.
Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati selain menjadikan kisahnya sebagai pengajaran agar kaum Hawa tidak terlalu merendahkan nilai diri sendiri atas nama pengorbanan atau cinta.

Sebahagian daripada komen netizen.
"Lelaki sekarang bila wanita minta hantaran tinggi dia memekak, padahal orang nak tengok dia bersungguh ke tak. Sebab bila tak ada effort tu yang mudah dia buang macam tu je.
"Orang tua dah pesan, nak mudah jangan sampai ambil mudah. Orang lelaki time dia kahwin semua nak guna agama.
"Sebab itulah sebelum kahwin, awal-awal kahwin susahkan je dia. Nampak kejam tapi ini je cara nak bagi kaum lelaki ni berfungsi sikit otaknya dalam tanggungjawab," demikian antara komen netizen.


