suria

Laki, bini gaduh di taman tema... Wanita bengang dirinya, suami kena 'tempias' - "Pernah tengok perempuan kena pijak?"

Dimaki di khalayak ramai adalah satu situasi yang memalukan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita menasihatkan pasangan suami isteri agar menjaga emosi dan tingkah laku dengan tidak melibatkan orang sekeliling jika sedang bergaduh di tempat awam.

Katanya, bertengkar di tempat terbuka dengan memaki hamun pasangan bukan sahaja memalukan tetapi juga meninggalkan kesan emosi yang mendalam.

Dia menyuarakan mengenai perkara ini selepas menyaksikan sendiri 'drama' pergaduhan suami isteri di sebuah taman tema dan tidak disangka-sangka dirinya serta pasangan turut terkena tempias.

Sikap baran seorang suami boleh memberi tekanan emosi pada isteri. -Gambar hiasanSikap baran seorang suami boleh memberi tekanan emosi pada isteri. -Gambar hiasan

"Laki bini gaduh ni normal je. Tapi jangan la sampai libatkan orang keliling, kesian aku tengok isteri dia. Diam je, yang suami tak berhenti-henti maki, kata 'sial' sambil dukung anak.

"Lalu sebelah aku dan suami, dia (lelaki) sambil cakap abang pernah tengok tak perempuan kena pijak? Akak penah tengok tak?" katanya menceritakan tentang situasi tegang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kita ni habiskan duit dia” - Suri rumah malu dengan jiran, suami caci maki hanya kerana diminta bawa beg sekolah anak

ARTIKEL BERKAITAN: 'Renew' lesen tak mahu, petrol subsidi mau! Suami campak MyKad isteri, maki 'kedekut' - "Sibuk nak hak aku"

Wanita itu mengakui terkejut apabila lelaki itu bertindak melibatkan dirinya dan suami dalam perbalahan mereka, namun dia sempat menegur pasangan berkenaan supaya menghentikan pertengkaran itu.

"Aku terus cakap dah la jangan la gaduh sini. Gaduh kat rumah la, kesian anak tu maki tepi telinga dia.

"Dia cakap lagi, tak pernah tengokkan laki pijak perempuan? Aku macam er.. kemudian ada cakap something tapi aku lupa, sampai laki aku tergelak sebab aku sebelahkan bini dia," katanya.

  • Seorang wanita tegur suami isteri yang bergaduh di tempat awam.
  • Kejadian berlaku di taman tema dengan si suami memaki hamun isterinya sambil mendukung anak.
  • Wanita itu menasihatkan pasangan terbabit agar tidak bergaduh kerana kasihan kepada anak.
  • Perkongsian tersebut tular dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman melihat pertengkaran suami isteri di tempat awam.

Perkongsian pengalaman itu menarik perhatian warganet yang menasihatkan pasangan suami isteri agar mengawal emosi serta menjaga maruah diri dan anak-anak di tempat awam.

Ada dalam kalangan mereka mendakwa pernah berdepan situasi sama dengan ada pasangan bagaikan tidak malu bergaduh di hadapan khalayak.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

"Pernah jadi depan kaunter bayaran, suami tengok harga songkok mahal masa bayar dia bising kat isteri dia cakap bodoh berulang kali.

"Ada kes suami tunjal kepala isteri, aku tak tahan terus tegur lelaki tu sebab tak tahu jaga air muka isteri.

"Suami mengaibkan isteri tak layak jadi suami. Bini begitu sebab sayang, kalau tidak lama dah dia tiggal laki tak guna tu," antara komen netizen.

 

Artikel Lain