REZEKI yang diterima setiap orang berbeza-beza namun itu tidak bermakna kita berhak memperlekeh dan menghina kekurangan orang lain.
Begitulah luahan seorang lelaki dikenali sebagai Abe yang berkongsi kisah sedih apabila dia dihina rakan sekerjanya sendiri.
Menurutnya, insiden itu berlaku ketika mereka sedang makan bersama dan rakannya itu mula membuka topik tentang kereta serta kemewahan.

Elakkan daripada berbual mengenai perkara yang sensitif melibatkan hal peribadi di tempat kerja. -Gambar hiasan
"Hari ini sedih sikit. Kawan datang dengan bergaya, megah macam orang kaya. Dia duduk je terus letak kunci kereta baharu atas meja.
"Dia pun cakap... engkau bila nak ada kereta mewah? Saya hanya cakap cukuplah, malas berhutang. Tup terus dia cakap lagi... kau duduk sajalah dalam tempurung. Orang lain dah maju, kau baru nak merasa.
Tambah pengadu menerusi hantaran di Thread, hatinya tergores apabila rakannya mula mengaitkan dengan hal peribadi dengan harta dan kekayaan.
"Kalau shaming (malukan) saya, tak apa sebab dah biasa kena. Tapi apabila dia cakap... patutlah isteri tinggalkan kau dulu. Kau tak ada harta. Aduh tergores rasa dalam hati," luahnya yang tersinggung apabila kisah peribadi dijadikan sindiran.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita serah tubuh kepada kawan baik ketika ‘road trip’, sukar kikis rasa sayang selepas terlanjur - “Tunggu dia buang teman wanitanya”
Abe bagaimanapun tidak melatah apabila dia memilih untuk berdiam diri dan mengalihkan perhatian pada telefon daripada terus mendengar celoteh rakannya.
"Malas aku melayan dia rancak bercerita fasal kejayaan dia. Sibuk pula saya nak mendengar kiraan aset dia. Nasib baik makanana dia yang bayarkan.
"Tapi itulah, hati dah tergores. Sabar sajalah ya. Atas dunia dia dah senang. Sakit nak mendengar dia berbual rancak. Semoga kau kaya di dunia dan akhirat ye. Dah sakit hati tadi tak maaf tau," katanya lagi.
- Lelaki sedih apabila rakan sekerjanya tayang harta dan memerli hidupnya.
- Rakan itu menyindir kisah peribadi dan tentang isteri yang meninggalkannya.
- Abe memilih berdiam diri, fokus pada telefon dan tidak melayan cerita kejayaan rakannya.
- Walaupun makan ditanggung rakan, hati Abe tetap terasa pedih mendengar celoteh tentang kekayaan dan aset.
- Netizen menasihati agar jauhkan diri dari kawan yang suka menjatuhkan orang lain.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memahami perasaan pengadu.
"Ini bukan kawan atau sahabat. Awak sepatutnya jauhkan diri daripada berkawan dengan orang macam ni.
"Jahatnya mulut orang macam ni. Diamkan je tak perlu lawan mulut. Masuk kanan dan keluar kiri sebab dia tak selamanya dekat atas.
"Cuba minta dia belanja, mampu tak? Kalau dia bagi macam-macam alasan maksudnya tak mampu sebabnya banyak hutang untuk bergaya," komen beberapa netizen.


