suria

Bapa OKU kirim RM30, usaha nak pujuk anak sulung merajuk di kolej... Gadis sebak lepas ibu beritahu sumber duit

Seorang bapa biasanya akan mendahului kebajikan anak berbanding diri sendiri. -Gambar hiasan AI

MARAH macam mana sekali pun, percayalah setiap ibu bapa pasti berbangga dengan pencapaian anak-anak mereka.

Di Thread, seorang gadis menceritakan kisah yang berlaku antara dia dan bapanya hingga membawa kepada perbalahan kecil.

Ujar individu berkenaan, hal itu berlaku sehari sebelum dia pergi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan perlu menetap di kolej kediaman.

Meninggikan suara terhadap bapa sendiri adalah satu perbuatan berdosa. -Gambar hiasan AI

"Saya ni pelajar ambilan sesi baharu. Orang pertama dalam famili yang sambung belajar. Ayah saya ni mula-mula macam tak kisah dengan saya yang nak sambung belajar.

"Sehari sebelum saya pergi ke tempat belajar, saya bergaduh dengan ayah, saya cakap kasar dengan dia. Lepas tu saya lari ke rumah kakak," ujarnya mengimbas kembali memori pahit itu.

Tambah pengadu yang merupakan anak sulung, pergaduhan antara dia dan bapanya berpunca daripada salah faham tentang kereta yang ingin di sewa untuk menghantarnya ke pusat pengajian.

Kini selepas lebih sebulan menetap di tempat pengajian, ibunya memberitahu bapanya mengambil upah mengurut dengan bayaran RM30.

ARTIKEL BERKAITAN: "Takkan nak didik macam askar" - Bapa lempang muka anak 3 tahun sebab bising, beri alasan ikut didikan ibu masa kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Kawasan parkir kecoh, bapa maki hamun anak umur 10 tahun… Hilang sabar sampai ugut nak tumbuk!

Difahamkan, bapa kepada pengadu merupakan orang kurang upaya (OKU) dan tidak mempunyai pekerjaan.

"Baru-baru ni mak mesej saya beritahu ayah pergi urut orang dan dapat upah RM30. Ayah bagi semua duit upah dia tu dekat saya.

"Sebak apabila mak cakap macam ni... ambil je kakak walaupun nilainya kecil. Terus saya menangis.

"Saya tak kisah nilainya tapi pengorbanan ayah yang sanggup bagi saya semua duit upah dia tu buat saya sedih. Padahal dia lebh memerlukan berbanding saya," jelasnya.

  • Pelajar ini berkongsi kisah sebak selepas bergaduh dengan ayah sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Walaupun ayahnya OKU dan tidak bekerja tetap, dia sanggup berurut untuk mencari rezeki.
  • Ibu hubungi anaknya memberitahu mengenai duit kiriman daripada ayah.
  • Upah RM30 hasil titik peluhnya diserahkan sepenuhnya kepada anak sebagai tanda kasih.
  • Netizen nasihat agar anak itu hubungi ayah dan mohon maaf sendiri.

Kisah ini menarik perhatian netizen dengan rata-ratannya menasihati agar pengadu terus menghubungi bapanya bagi memohon maaf dan mengucapkan terima kasih.

"Telefon ayah dan cakap terima kasih. Minta maaf sebab cakap kasar dengan ayah. Jangan cakap melalui mak.

"Adik sendiri cakap dengan ayah ya. Mak ayah ni kalau marahnya, sekejap je. Dalam hati dia masih risaukan anak dia. Kadang dia marah bukan sengaja pun.

"Sebenarnya dia rasa susah hati fikir mana nak cari duit bagi kepada anak-anak dia. Kadang tu dia marah dengan diri dia sendiri. Ada pula isu sikit. Tak perasan terlepas marah dekat anak," komen netizen tersebut.

Artikel Lain