ENTAH apa kesalahan yang dilakukan seorang kanak-kanak ini sehingga dia ditengking di khalayak ramai tanpa belas kasihan.
Lebih menyedihkan apabila individu yang menengking budak malang itu adalah bapa kandungnya sendiri.
Kejadian memalukan di kawasan parkir kereta di sebuah pusat beli-belah itu diceritakan semula seorang wanita yang menyaksikannya di depan mata.
Anak merupakan anugerah dan amanah yang diberikan kepada pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
"Saya ternampak ada seorang bapa marah anak dia, lingkungan darjah tiga atau empat macam tulah.
"Tapi cara dia marah tu menengking habis kuat, sampai semua orang kat parking boleh dengar. Kau bayangkan, budak tu tak melawan pun," katanya di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdengung' satu kedai wanita tempik budak kecil merengek, mak ayah malu tak tahu mana nak sorok muka
ARTIKEL BERKAITAN: Bergema satu mall suara bapa tengking anak, pengunjung sebak tengok si kecil dimalukan - “Mommy, pakcik tu jahat”
Mengimbas kembali, katanya kanak-kanak itu hanya menangis perlahan-lahan meskipun dimarahi bapanya dengan nada menengking.
"Bapa dia menengking macam bergaduh dengan orang sama besar dengan dia," ujarnya.
Mendidik anak kena ada adab. Kalau cara tu salah, kecil-kecil dia takut dulu, dah besar dia lawan balik.
NETIZEN
Tidak cukup sekadar itu, bapa berkenaan didakwa hampir bertindak melakukan kekerasan terhadap anaknya sendiri.
"Dia ugut nak tumbuk anak dia, nak belasah. Bagi aku la, memang tak patut seorang bapa memalukan anak di tempat awam macam tu.
"Aku tengok anak dia tak melawan, tantrum atau terbaring atas lantai. Anak dia elok je ikut sambil menangis," jelasnya.
Lelaki mempunyai peranan dan tanggungjawab demi keluarga masing-masing. -Gambar hiasan
Tambah pengadu, tidak salah untuk seorang bapa bertegas mendidik anak tapi bukan dengan cara sebegitu, di khalayak ramai.
"Kau nak jadi tegas boleh, tapi bukan sampai menjatuhkan maruah anak. Nak marah ke apa ke biar kat rumah atau dalam kereta. Bukan depan orang ramai.
"Kau sengaja nak malukan dia. Nak tunjuk kau bapa yang terpaling tegas. Nanti lagi hilang keyakinan anak tu," katanya.
Malah katanya, jika si bapa berkenaan merasakan tindaknnya itu seakan mahu kelihatan hebat di mata orang ramai, dia sebenarnya silap.
Sebaliknya masyarakat akan berpandangan buruk terhadap lelaki berkenaan kerana tiada adab serta tidak tahu cara mendidik anak dengan baik.
"Kau tak nampak hebat pun. Kau ingat orang keliling akan cakap... wow hebatnya dia ni didik anak. Tak ada pun, benda pertama aku dengar orang keliling cakap... gila ke apa?.
"Mendidik anak pun kena ada adab. Kalau cara tu salah, kecil-kecil dia takut dulu, dah besar dia lawan balik. Nanti kau pula yang terdiam apabila anak kau dah besar, jadi 10 kali lagi kurang ajar daripada kau," katanya lagi.