TERDETIK rasa kecewa bagi seorang wanita apabila tunangnya yang merupakan duda anak tiga masih kerap bertemu dan menjalinkan hubungan mesra dengan bekas isteri.
Lebih meresahkan apabila pertemuan dengan alasan mahu meluangkan masa bersama anak-anak berakhir dengan ajakan bermalam di hotel.
Malah menurut pengadu, bekas isteri lelaki itu juga dilihat seolah-olah belum mampu melupakan hubungan lama walaupun mereka didakwa sudah dua kali bercerai.
Kebanyakan pasangan diuji dalam tempoh fasa pertunangan. -Gambar hiasan
"Saya sebagai tunang kepada duda tu sudah banyak kali tegur sebab antara mereka sudah tak ada apa-apa. Jadi dia sendiri boleh faham batas antara mereka.
"Tapi saya tahu janda tu tak move on lagi. Saya sedih apabila mereka asyik berjumpa setiap kali hujung minggu seolah-olah saya ni bukan siapa-siapa," luah wanita itu.
Wanita berkenaan turut mengakui dia cuba memahami situasi yang dihadapi memandangkan salah seorang cahaya mata pasangan itu merupakan anak istimewa.
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tunang dah dekat, ibu kekasih buat hal dakwa tak tahu apa-apa... Anak pandai-pandai buat keputusan sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunang lepas raya, wanita pelik rakan ofis teruja nak hadir walau tak dijemput - “Dia dah plan nak pakai apa”
Pun begitu, dia tidak dapat menyembunyikan rasa terganggu apabila bekas isteri tunangnya dilihat sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan lelaki itu.
"Saya tak nak fikir bukan-bukan sebab benda tu membunuh kebahagiaan saya sendiri. Saya faham anak-anak semua masih kecil.
"Agak susah nak uruskan semuanya seorang diri tanpa bantuan memandangkan ada anak istimewa. Tapi entah la, nak makan hati tapi saya seakan tak ada hak pula.
Dia kena tahu batas untuk tidak menginap hotel sama-sama... itu memang tidak boleh walaupun ada anak bersama.
NETIZEN
"Cuma saya dah tegur tunang, kena beringat yang dia dan bekas isteri tak ada apa-apa. Tapi akal janda dia, macam-macam benda dia akan buat nak jumpa tunang saya," ujarnya.
Hantaran dikongsikan wanita ini mengundang pelbagai reaksi warga maya yang memahami dilema yang dihadapinya.
Namun, ada juga sesetengah netizen yang mencadangkan supaya wanita ini memahami situasi keluarga tunangnya.
Komen netizen pada hantaran asal.
"Mereka berdua akan jadi sebuah keluarga selama-lamanya sebab ada anak bersama. Awak kena terima perempuan itu dalam hidup awak. Tapi dia kena terima juga awak.
"Dia kena tahu batas untuk tidak menginap hotel sama-sama. Itu memang tidak boleh walaupun ada anak bersama.
"Kalau dia sayang awak, dia kena hentikan. Kalau dah kahwin dengan dia nanti, jika mereka nak pergi makan kena bawa awak bersama. Kalau susah sangat, tinggalkan dia daripada makan hati," komen beberapa netizen.