suria

Majlis tunang dah dekat, ibu kekasih buat hal dakwa tak tahu apa-apa... Anak pandai-pandai buat keputusan sendiri

Seorang wanita kecewa dengan sikap ibu kekasihnya. -Gambar hiasan

RESTU dan reda ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup berumah tangga.

Bagi wanita berusia 25 tahun ini, hasrat dirinya untuk mengikat tali pertunangan dan bernikah pada tahun ini terhalang gara-gara sikap ibu kekasihnya.

Luah wanita ini, pada awalnya ibu kepada kekasihnya itu seolah-olah enggan ambil tahu tentang perancangan mereka untuk bernikah.

Bagaimanapun, setelah segala persiapan dilakukan sendiri, dia tiba-tiba berubah dan mendakwa bahawa dirinya tidak dimaklumkan apa-apa oleh anak lelaki.

“BF saya ajak tunang dan nikah tahun ni. Dia dah datang jumpa keluarga dan ibu bapa saya dah kenal. Mereka gembira dengan keputusan kami.

Wanita ini pelik dengan sikap ibu kekasihnya yang tiba-tiba ingin campur tangan dalam soal perancangan majlis. - Gambar hiasan

Seorang wanita pelik dengan sikap ibu kekasihnya. -Gambar hiasan

“Tapi mak BF aku ketika itu ambil endah tak endah (perancangan). Mak dia kenal je aku dan kitaorang pernah keluar bersama beberapa kali dan dia okay saja,” tulisnya di media sosial.

Sambung wanita ini lagi, ibu teman lelakinya juga tahu akan hasrat mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, segala perbincangan dengan keluarga pihak perempuan dilakukan bersendirian oleh kekasih kerana ibunya tidak menunjukkan minat untuk campur tangan dalam urusan pertunangan dan pernikahan mereka.

“Dia (BF) banyak kali berdikari sendiri untuk berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa aku tentang hasrat dirinya untuk bernikah dengan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nikah dibuat pihak lelaki, kakak pengantin perempuan malu! Tetamu pandang semacam, jenuh ‘menjawab’ jaga aib keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak kahwin, wanita terkejut tunang minta tanggung kos dulu... Beri alasan rezeki biasanya bertambah lepas nikah

“Kami pun setuju untuk buat majlis pertunangan, nikah dan sanding,” katanya lagi.

Menurut wanita itu, jika dibandingkan dengan bakal tunang, keluarganya lebih besar dan meriah malah dia adalah cucu sulung perempuan pertama yang bakal berkahwin.

Justeru, apabila mendapat tahu dia bakal berkahwin, seluruh ahli keluarganya teruja dan mula membuat persiapan.

“Kami pun dah buat banyak persiapan. Dewan nikah dan sanding dah tempah. Pakcik dan makcik pun seronok sebab mereka kenal BF aku.

Apa yang buat keputusan sendiri sedangkan dia (mak BF) tahu?

WANITA

“Tiba-tiba setengah bulan sebelum bertunang, mak BF aku call mak aku cakap BF aku pandai-pandai buat keputusan sendiri tak beritahu dia pun,” katanya sedih.

Jelasnya, panggilan telefon yang diterima itu membuatkan dirinya terdiam dan terduduk.

“Aku pelik sangat sebab dari masa ke masa aku sentiasa tanya perkembangan persiapan perkahwinan antara aku dan keluarga BF.

“BF aku cakap, mak dia ada jemput makcik sebelah mak dia yang rapat untuk jadi rombongan.

Setiap pasangan bernikah pasti inginkan kebahagiaan berpanjangan. - Gambar hiasan

Setiap pasangan bernikah pasti inginkan kebahagiaan berpanjangan. -Gambar hiasan

“Jadi aku fikir semuanya berjalan lancar belah lelaki.

:"Sekarang mak BF cakap macam tu. Aku tak boleh hadam. Apa yang buat keputusan sendiri sedangkan dia (mak BF) tahu?” ujarnya hampa.

Selain itu, ibu kepada teman lelakinya juga mendakwa dia belum mengenali keluarga sebelah perempuan dan tidak tahu menahu tentang majlis yang dirancang.

“Dia (mak BF) yang tak pernah masuk campur. Jadi disebabkan sikap ini BF aku bergerak sendiri. Kami dah bersedia secara kewangan dan mental untuk berkahwin.

“Tapi sampai hati mak dia kacau sampai macam tu sekali. Waktu call suara mak aku bergetar.

“Mak aku cakap tak apalah kalau mak dia (BF) dah bersedia nanti boleh berjumpa,” katanya.

Individu ini juga menyuarakan kekecewaan kerana sedar tidak mudah untuk menguruskan persediaan majlis perkahwinan.

Ujarnya, dia termenung selama dua hari dan tidak tahu apa langkah selanjutnya perlu diambil sama ada meneruskan perancangan atau sebaliknya.

“Dua hari aku tak tentu arah, nak buat apa? Persiapan nak teruskan ke tidak? Majlis nak dekat dah.

“Lepas dua hari mak aku tanya aku okay tak. Kesian pada aku. Aku anak perempuan sulung, mesti ibu bapa aku sedih.

“Buat masa ni aku tengah tunggu BF aku selesaikan dengan mak dia (BF). Aku reda dengan segalanya cuma tak nak merana di masa hadapan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain